Ni apa ceritanya kat sini?

Profesor universiti di Jepun cipta robot kaligrafi (video)

SEORANG budak lelaki mencuba robot kaligrafi di sebuah bengkel sains untuk murid sekolah rendah di Universiti Keio, Yokohama, dekat Tokyo, Jepun kelmarin.
SEORANG budak lelaki mencuba robot kaligrafi di sebuah bengkel sains
untuk murid sekolah rendah di Universiti Keio, Yokohama, dekat Tokyo,
Jepun kelmarin. 

Robot ajar tulisan kaligrafi di Jepun 

TOKYO - Khuatir seni kaligrafi Jepun akan pupus, seorang saintis di sini mencipta sebuah robot kaligrafi bagi memudahkan rakyat negara itu menguasai tulisan tersebut. 

Robot itu dibina dengan beberapa enjin dan satu tangan mekanikal yang disertakan sebatang berus. Ia mampu menulis seperti seorang pakar kaligrafi. 

Rekaan aneh berkenaan dicipta oleh Profesor Seiichiro Katsura dari Universiti Keio, Tokyo. 

"Apabila anda memegang berus, robot ini akan membantu anda menulis kaligrafi," kata pembantu Katsura, Ayaka Matsui. 

Dia berharap rekaan berkenaan dapat membantu mengajar generasi muda Jepun untuk menguasai kemahiran kuno yang semakin dilupakan itu. 

"Proses memindahkan ilmu melalui tangan biasanya memakan masa yang lama, teknik betul dan pengalaman. Dengan robot ini, proses itu menjadi lebih cepat dan efisien," kata Katsura. [Sumber



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...