Ni apa ceritanya kat sini?

8 Petua Berhenti Merokok


8 Petua Berhenti Merokok 

1. Melengah-lengah 
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti†setiap kali anda ingin merokok. 

2. Menarik Nafas Panjang 
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan. 

3. Minum Air Dengan Banyak 
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya. 

4. Membuat Sesuatu 
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya. 

5. Menguyah Sesuatu 
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa. 

6. Mandi atau Basuh Tangan 
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok. 

7. Melakukan Senaman Regangan 
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok. 

8. Memohon Doa 
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. 

[Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...