Ni apa ceritanya kat sini?

Maher Zain Pukau 7,000 Peminat


* Pukau 7,000 Peminat *

SHAH ALAM: Konsert sulung, penyanyi nasyid popular, Maher Zain berjaya menarik perhatian 7,000 peminat hadir menyaksikan persembahan Maher Zain Live In Concert - Mercy To Mankind diadakan di Stadium Malawati, malam tadi.

Penyanyi berasal dari Lubnan ini tampil menghiburkan peminat dengan 13 lagu antaranya InshaAllah, Thank You Allah, Palestine Will Be Free, Baraka Allahu Lakuma termasuk dua single baru, Freedom dan No1 For Me.

Memberi tarikan, Maher turut menyanyikan lagu InshaAllah dalam versi bahasa Melayu, dimuatkan dalam album terbaru, Maher Zain Thank You Allah edisi Platinum berada di pasaran sejak dua minggu lalu.

Persembahan selama empat jam bermula 8 malam terlebih dulu menampilkan persembahan kumpulan nasyid tempatan, Inteam bersama penyanyi Irfan Makki dan Mesut Kurtis.

Penyanyi yang memperjuang lagu membawa mesej ketuhanan ini muncul jam 9.30 malam diiringi 12 pemuzik termasuk Amr Galal bermain dram dan Laith Faisal (seruling/nay) manakala komposer tempatan, Eddie Marzuki bertindak sebagai pengarah muzik. Ini adalah kunjungan ketiga Maher ke sini selepas mengadakan persembahan amal pada Oktober dan Disember tahun lalu. Kehadiran penyanyi berusia 29 tahun ini sempena mempromosi album debut, Maher Zain Thank You Allah meraih jualan melebihi 150,000 unit di sini.

Persembahan malam tadi menjadi pembuka tirai untuk persembahan seterusnya pada malam ini. Konsert selama dua hari ini dianjurkan Inteam Records Sdn Bhd bersama Fiero Sdn Bhd dan mendapat kerjasama Awakening Entertainment (United Kingdom) manakala Harian Metro turut tampil sebagai media rasmi.

Petikan: Harian Metro




No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...