Tweet |
JUNEAU - Beberapa ahli arkeologi menemui sisa tulang seorang kanak-kanak berusia 11,500 tahun dibakar di tengah Alaska, dipercayai manusia paling awal menetap di Subartik Amerika Utara dan wilayah Artik.
Ahli arkeologi Universiti Alaska, Ben A Potter berkata, gigi, antara sisa yang ditemui, menunjukkan kanak-kanak itu berumur kira-kira tiga tahun.
Menurutnya, selepas kanak-kanak itu meninggal dunia, dia diletakkan di atas lubang api itu, yang turut digunakan sebagai tempat memasak berdasarkan sisa tulang ikan dan haiwan kecil lain ditemui, dan dibakar.
"Selain itu, rumah dan lubang api itu dipercayai tidak pernah digunakan lagi ketika mayat kanak-kanak itu dibakar kerana tiada sebarang tanda lubang api itu dikacau selepas itu," katanya.
Petikan: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment