Ni apa ceritanya kat sini?

Ark Hotel (Hotel Terapung)


Erkk, gambar apa plak ni? Sekali pandang, nampak pelik. Tapi, dua kali pandang, nampak macam menarik ni?... Hehehe... kalau korang nak tahu, inilah dia Hotel Ark (Ark Hotel), iaitu sebuah hotel terapung (floating hotel). Err... Nak cakap apa lagi yer? Ark Hotel yang sangat unik dan kelihatan futuristik ini direka bentuk oleh seorang arkitek dari Rusia.

Sebenarnya, aku baru jer terjumpa cerita ni dalam website Utusan Malaysia (dan sekaligus menggelarkan Ark Hotel sebagai Hotel "Bahtera Nabi Noh", kerana maksud dari perkataan "Ark" dan juga rekabentuk hotel itu sendiri). Wow, menarik jugak cerita ni. Baca punya baca, check punya check, amiklah 'sekerat' artikel tu, janji, isi dia berkait rapat dengan tajuk entri ini. (klik sini untuk melihat artikel asal)  

===================================================================
(Sebahagian dari artikel Hotel Bahtera Nabi Noh? - Utusan Malaysia, 13-2-2011)

Hotel Ark telah di reka bentuk oleh Remistudio dengan bantuan daripada Kesatuan Senibina Antarabangsa untuk program Senibina Menghadapi Bencana.

Hotel yang berbentuk futuristik ini direka untuk digunakan apabila air laut meningkat tinggi disebabkan kecairan ais di kedua-dua kutub akibat pemanasan global.

Hotel yang boleh terapung ini merupakan satu bangunan berbentuk sfera yang mempunyai pelbagai kemudahan yang diperlukan apabila seseorang berada di dalamnya ketika bumi dilanda bencana.

Macam kapal selam pulak hotel ni,.... hehehe

Penginapan ini menggunakan konsep persekitaran hijau mudah kendali untuk tetamu dan bangunan yang seakan diliputi oleh cengkerang ini boleh menahan ombak besar atau dikenali juga sebagai tsunami serta lain-lain jenis bencana.

Arkitek menyatakan pembinaan dinding seperti cengkerang itu bertujuan membolehkan kabel dan keberatan hotel diseimbangkan walaupun ketika menghadapi bencana gempa bumi.

Bagi membolehkan ia beroperasi sendiri ketika dunia dilanda bencana, sistem elektrik dan bekalan air hotel ini menggunakan tenaga solar sebagai penjana kuasa dan memproses air hujan untuk dibekalkan kepada penghuni hotel. 

Penggunaan tenaga mesra alam oleh Ark Hotel ketika musim sejuk

Apa yang menarik, tetamu hotel juga boleh hidup dengan menanam sendiri sayur-sayuran mereka untuk dijadikan bekalan makanan di samping membekalkan oksigen kepada persekitaran hotel.

Reka bentuk dinding lut sinar pula memberi kelebihan untuk tidak menggunakan lampu tetapi cahaya ke dalam bilik akan dikurangkan dengan sistem penapisan cahaya terkini. Dinding lutsinar itu juga mempunyai lapisan khas yang tidak perlu dicuci kerana ia akan mencuci dirinya sendiri apabila terdapat kekotoran.

Alexander Remizov, arikitek dari Remistudio berkata, Hotel Ark yang direka sebagai bangunan dilengkapi sistem biocuaca dan sokongan hidup sendiri boleh dibina di atas darat atau laut.

Best jugak lepak kat situ...!

“Ia juga boleh menjadi panduan untuk pembinaan rumah-rumah tahan bencana di masa hadapan yang boleh dibina dengan cepat dan sangat tahan kekuatannya,” katanya.

Katanya, dalam mereka bentuk sesebuah bangunan seperti Hotel Ark ini, ia terbahagi kepada dua perkara utama iaitu penyelenggaraan keselamatan dan persediaan menghadapi bencana besar dan perubahan cuaca.

“Faktor kedua ialah kemampuan bangunan menghadapi bencana angkara manusia,” katanya sambil menambah pokok-pokok yang dipilih juga seharusnya mempunyai ketahanan untuk ditanam di dalam persekitaran dalam bangunan.




p/s : lain-lain cerita dan gambar pasal Ark Hotel ni, klik link ini..... - iwan284

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...