Ni apa ceritanya kat sini?

236 Pulau Tanpa Nama Di Sabah

 

* 236 pulau di Sabah tiada nama *


KUALA LUMPUR: Sebanyak 236 daripada 642 pulau dalam perairan negara ini belum ada nama dan langkah segera perlu dilakukan untuk memberi nama kepada pulau berkenaan sebelum ia menjadi isu apabila dituntut negara lain.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup berkata, apa yang membimbangkan ialah kesemua pulau tanpa nama itu terletak di Sabah.

Kurup berkata, entiti milik negara, khasnya pulau yang belum ada nama, perlu dinamakan dan diwartakan segera supaya tidak dituntut sewenang-wenangnya oleh negara lain.

“Tindakan ini signifikan kerana sesebuah negara boleh menuntut sempadan perairan sehingga 200 batu nautikal dari pulau tersebut termasuk sumber ekonomi di persekitarannya,” katanya. - Bernama

Petikan : Harian Metro


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...