Ni apa ceritanya kat sini?

Pisau Tertusuk Di Bawah Mata

(AMARAN: Kalau korang ada penyakit lemah jantung atau lemah semangat, jangan tengok entri ini)
GAMBAR X-ray menunjukkan sebilah pisau 
yang tertusuk di bawah mata Ren Hanzhi
BEIJING - Seorang budak lelaki di China, Ren Hanzhi bernasib baik apabila beberapa doktor berjaya menarik keluar pisau yang tertusuk di bawah matanya dalam satu pembedahan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pisau itu tertusuk di bawah mata Hanzhi semasa dia mengupas sebiji buah epal di Zhumadian, tengah China di wilayah Henan, China baru-baru ini.

Selepas ditusuk, darah mengalir menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital sebelum dipindahkan ke sebuah lagi hospital.

Ketua doktor bedah, Peng Liwei kemudian berjaya menarik semula pisau sepanjang 20 sentimeter itu.

Budak berusia 13 tahun itu kini dilaporkan sedang menjalani pemulihan selepas dia dibedah. - Agensi 


Petikan : KOSMO


p/s : kesian budak ni,..... kecik-kecik (eh, silap, 13 tahun daa umur dia,) dah kena eksiden cam tu,.... eee,.... ngeri dengar berita  cam ni,... tu pun nasib baik tercucuk kat bawah mata, kalau betul-betul kat mata dia, mmm..... itu, sendiri mau fikir la.....  - iwan284

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...