Ni apa ceritanya kat sini?

Larangan Jual Minuman Bergas Di Sekolah


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran akan menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Kantin Sekolah Sihat meliputi larangan menjual minuman berkarbonat berjenama minuman bertenaga di kantin atau mesin layan diri di sekolah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata garis panduan itu turut menetapkan minuman berkenaan tidak digalakkan penjualannya di kantin atau koperasi sekolah.

Beliau berkata, penyediaan garis panduan itu akan dimuktamadkan bersama antara kedua-dua kementerian bagi memastikan hanya makanan dan minuman berkhasiat dijual di sekolah. 

Ketetapan itu katanya, berdasarkan kajian pakar mendapati kandungan utama minuman berkarbonat dan bertenaga mengandungi kadar gula yang dikategorikan tidak ada khasiat. 

“Penyediaan garis panduan itu menyatakan sokongan gesaan melarang penjualan minuman berkarbonat dan bertenaga di kantin dan koperasi sekolah serta mesin layan diri seperti didedahkan Berita Harian, baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

Rosnah berkata, bagi mengelak isu penjualan minuman itu berpanjangan, pihaknya mengharapkan hanya sajian disenaraikan pada garis panduan berkenaan dibenarkan dijual di kantin dan koperasi sekolah.
 
Beliau berkata, berdasarkan panel maklumat pemakanan pada label minuman ringan berkarbonat dan bertenaga, kandungan gula dalamnya tinggi iaitu 20 hingga 40 gram. 

Jumlah itu bersamaan empat hingga lapan sudu teh bagi setiap 325 mililiter bungkusan atau tin. 

Katanya, kementerian menyarankan rakyat mengambil minuman tanpa gula atau hanya menambah satu sudu teh gula bagi setiap cawan minuman jika perlu. 

“Pengambilan gula berlebihan boleh menjejaskan kesihatan untuk jangka panjang termasuk meningkatkan berat badan sehingga menyebabkan kegemukan,” katanya. 

Akhbar ini dalam laporannya menyatakan minuman berkarbonat dengan jenama minuman bertenaga dijual secara berleluasa di kantin atau mesin layan diri. 

Senario itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa kerana khuatir anak mereka disajikan dengan makanan dan minuman tidak berkhasiat di sekolah. 

Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Chin Yit Siew, berkata pengambilan berlebihan minuman bertenaga menyebabkan pelbagai penyakit antaranya kencing manis dan kegemukan.

Petikan : Berita Harian Online
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...