Tweet |
Komputer tablet terbaru Motorola dikendalikan oleh Android 3.0 Honeycomb dipamerkan di kampus utama Google di California, kelmarin. - AFP |
MOUNTAIN VIEW, California 3 Feb.- Google semalam menjelaskan mengenai program perisian komputer tablet baru, yang direka untuk menyaingi iPad dan menarik perhatian pembangun-pembangun aplikasi yang akan menjadi kunci menentukan populariti gajet berkenaan.
Google memperkenalkan sistem operasi Android versi Honeycomb itu, yang digunakan dalam komputer tablet terbaru Motorola Xoom yang menerima pujian di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas pada bulan lepas.
Honeycomb, sistem operasi sumber terbuka dan percuma itu dijangka digunakan dalam pelbagai komputer tablet dengan skrin sentuh di pasaran yang kini didominasi oleh iPad, sejak dilancarkan oleh Apple pada tahun lepas.
Google yang berhasrat menarik perhatian pembangun aplikasi yang menjadi punca kepada populariti sesuatu telefon pintar dan komputer tablet, menekankan bahawa Honeycomb dibina sebagai platform untuk inovasi program perisian.
Google berhasrat menangani aduan yang diterima sejak sekian lama dengan membenarkan pembangun aplikasi membuat keuntungan daripada traksaksi permohonan seperti pembelian maya barangan, muzik atau tawaran digital lain.
''Kami menerima sejumlah maklum balas daripada pembangun aplikasi bahawa mereka mahu pelbagai cara untuk mendapat keuntungan daripada aplikasi mereka.
''Hari ini, kami mengeluarkan kod untuk aplikasi kewangan bagi keseluruhan komuniti pembangun aplikasi Android,'' kata Pengarah Kejuruteraan Android, Chris Yerga.
Jumlah aplikasi yang banyak untuk Honeycomb yang dipamerkan selepas pelancaran itu termasuklah perisian interaktif yang menyambungkan pengguna komputer tablet dengan berita-berita, imej dan video CNN,
Salah satu daripada tiga permainan video di telefon bimbit Disney untuk Android, Tap Tap Revenge turut diumumkan pada majlis itu.

Tap Tap Revenge merupakan permainan paling berjaya dengan lebih 50 juta kali dimuat turun. - AFP
p/s : apakah komputer tablet terbaru yang dikuasakan sistem operasi Android versi Honeycomb dari Google ini, mampu menyaingi populariti iPad keluaran Apple? - iwan284
No comments:
Post a Comment