Tweet |
Naib Presiden Kanan HP, Jon Rubinstein, memperkenalkan TouchPad pada umum di Fort Mason's Herbst Pavilion, San Francisco, California, hari ini. - Foto AFP |
SAN FRANCISCO: Pembangun produk komputer Amerika Syarikat, Hewlett-Packard (HP), hari ini menampilkan komputer tablet TouchPad dengan ciri papan sesentuh pertamanya kepada pengguna, seterusnya menyemarakkan lagi pasaran produk seumpamanya yang kini dikuasai Apple menerusi kelengkapan iPad.
Naib Presiden Kanan HP, Jon Rubinstein, yang sebelum ini terbabit bersama-sama pasukan Apple bagi membangunkan produk iPod, memperkenalkan TouchPad kepada peminat produk teknologi terkini.
"Penampilan TouchPad bukan saja menyerlah. Tetapi ia adalah kelengkapan yang boleh digunakan untuk bekerja, bermain dan sentiasa dihubungkan menerusi sambungan Internet," katanya.
Ia adalah produk pertama HP yang menggunakan platform perisian webOS Palm dengan tempoh membangunkannya mencecah lima tahun. - AFP
Petikan : Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment