Ni apa ceritanya kat sini?

Tentera Mesir Sertai Facebook


KAHERAH - Tentera Mesir, yang mengambil alih barisan depan politik selepas bekas Presiden Hosni Mubarak berjaya digulingkan, beralih ke internet untuk memenangi hati belia yang menggunakan perkhidmatan itu, yang memberi kesan hebat dalam menjatuhkan presiden. 

Sebelum ini, Majlis Tinggi Tentera melancarkan laman sosial Facebook berbahasa Arab sendiri, salah satu laman sesawang yang memainkan peranan besar selain Twitter dalam merangsang penunjuk perasaan mengadakan protes besar-besaran. 

Laman tentera Mesir dilaporkan mempunyai lebih 130,000 penyokong, di antaranya penunjuk perasaan yang berdemonstrasi di Dataran Tahrir, dan dijangka meningkat. 

”Laman ini dilancarkan kerana kepercayaan dan kejayaan masa depan anak-anak muda Mesir akan menyebabkan kestabilan, keamanan dan keselamatan bagi negara ini," menurut kenyataan Majlis Tinggi Tentera.

Petikan : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...