Ni apa ceritanya kat sini?

Berang Tidak Terima Angpau

Gambar hiasan.

TEMERLOH – Seorang warga emas yang berang kerana gagal mendapatkan angpau sempena Tahun Baru Cina bertindak kecoh di hadapan premis seorang ketua kampung Baru Cina di sini petang kelmarin.

Tindakan yang dilakukan warga emas terbabit dipercayai akibat salah faham mengenai pemberian angpau kepada masyarakat Cina iaitu sebanyak RM150 seorang. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, warga emas terbabit Fong Yuan 76, pergi ke premis milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Baru (JKKB) Temerloh, Tan Say Cheong di Bandar Baru Temerloh bagi bertanyakan mengapa dia masih gagal menerima angpau. 

Say Cheong yang sedang melayan pelanggan di dalam premisnya cuba menenangkan warga emas itu dengan memaklumkan pemberian angpau adalah di luar bidang kuasanya dan ditentukan Kerajaan Negeri. 

“Memang kerajaan janji mahu beri angpau tapi tarikh pemberian belum dipastikan. 

“Saya terangkan keputusan pada kerajaan tambahan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan berada di bawah kuasa Pas dan saya difahamkan pihak Menteri Besar yang akan turun sendiri memberikan angpau kepada rakyat. 

“Bila dan di mana itu bukan kuasa saya, saya cuba terangkan tetapi warga emas ini bertindak diluar kawalan dengan menghentak meja,” katanya. 

Say Cheong berkata, dia bertindak mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis (IPD) Temerloh semalam. 

Fong Yuan yang ditemui di rumahnya berkata, dia mengetahui maklumat berkaitan pemberian angpau kepada warga emas berumur 70 tahun ke atas melalui surat khabar lain. 

“Saya kecewa kerana sepanjang lima kali saya pergi untuk mendaftarkan nama di pejabat MCA Cawangan Temerloh tidak pernah dibuka. 

“Tarikh mengisi nama bermula 1 Januari hingga 21 Januari, sepanjang tarikh ini saya cuba mendaftar nama tetapi gagal,” katanya kepada Sinar Harian. 

Sehubungan itu Fong mahukan kerajaan negeri memberikan segera angpau kepada mereka yang terpilih. 

Sinar Harian difahamkan Fong telah dipanggil dan diberikan nasihat oleh polis berhubung tindakannya ke atas Say Cheong. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab yang juga Ketua MCA Bahagian Temerloh, Chuah Boon Seong, ketika ditemui Sinar Harian enggan mengulas lanjut mengenai perkara insiden yang berlaku. 

Menurutnya, beliau tidak mahu sebarang kenyataannya nanti disalah erti oleh pihak lain.

Petikan : Sinar Harian


p/s : A) Pasal angpau pun mau kecoh-kecoh ke? B) Bang, pasal duit ni, isu sensitif sikit  -  (petikan dari kartun pojok "Borak-Borak" dalam akhbar Sinar Harian Edisi Pahang, m/s P2) - iwan284





No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...