Ni apa ceritanya kat sini?

Kapal Terbang Pengintip Mini Berbentuk Burung


* Pengintip Cilik Bernilai RM12 Juta *

Pentagon cipta alat canggih berbentuk burung ganti kapal perisik untuk kegunaan di medan perang

VIRGINIA - Sebuah alat pengintip bersaiz kecil yang dicipta menyerupai burung madu diperkenalkan oleh sebuah syarikat kontraktor Pentagon bagi tujuan ketenteraan.

Kapal terbang pengintip mini itu mempunyai kepanjangan 16 sentimeter (cm) dan berat lebih ringan daripada sebuah bateri bersaiz AA. 

Alat canggih itu mampu terbang sehingga 17 kilometer sejam dan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan kos bernilai AS$4 juta (RM12 juta). 

Angkatan tentera Amerika syarikat merancang menggunakan kamera kecil yang terdapat pada alat itu bagi mengintip kedudukan musuh di medan perang tanpa menimbulkan syak wasangka. 

Burung plastik itu mampu terbang dengan hanya mengibarkan sayap tanpa perlu menggunakan kuasa kipas seperti kapal terbang pengintip biasa.


Sumber : Sinar Harian (Edisi Pahang); Ahad, 20 Februari, 2011, m/s: N23 (Sains Global)

p/s : taip sendiri jer... cuma gambar jer dari internet.... :)  - iwan284


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...