Ni apa ceritanya kat sini?

Jari Kaki Palsu Tertua Di Dunia Ditemui

Ibu jari kaki palsu milik mumia Mesir ini dipercayai berasal dari zaman
600 Sebelum Masihi, menjadikannya anggota badan palsu tertua di dunia

KAHERAH - Ibu jari kaki yang ditemui pada mumia purba Mesir dipercayai anggota badan palsu terawal di dunia yang berfungsi dengan baik, menurut satu kajian.

Jari palsu diperbuat daripada kayu dan kulit haiwan itu yang ditempatkan di Muzium Mesir, Kaherah digunakan pada zaman purba bagi membantu individu tanpa ibu jari kaki untuk berjalan secara normal. 

Ibu jari kaki itu dipercayai berasal dari tahun 600 Sebelum Masihi, menjadikannya anggota badan palsu tertua yang pernah ditemui. 

Menurut penyelidik Universiti Manchester di Britain, Jacky Finch, replika ibu jari palsu itu diuji terhadap dua individu yang tidak mempunyai jari kaki dan didapati berfungsi dengan baik. 

"Anggota badan palsu itu dapat menahan tekanan daripada badan dan tidak pecah apabila digunakan," katanya.

Petikan : Sinar Harian



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...