Ni apa ceritanya kat sini?

Pagani Huayra 2011

Pagani Huayra 2011

Pencabar terkuat Ferrari dan Lamborghini, Pagani tampil dengan model kereta sports 2011nya yang diberi nama Pagani Huayra bagi meneruskan legasi Pagani Zonda. Melalui pendedahan foto-foto model Huayra di laman sesawangnya, model 2011 itu diinspirasikan daripada tuhan masyarakat purba dari Amerika Selatan bergelar Aymara Huayra Tata yang menguasai angin dan ribut.

Elemen utama jentera adalah aerodinamik aktif menggunakan enjin Mercedes Benz AMG V12 5,930cc dengan bantuan sistem pengecas turbo. Enjin berkuasa berkenaan digandingkan dengan gear Xtrac 7-speed sequential AMT, membuatkannya mampu bergerak pantas seperti peluru. 

Pagani Huayra yang mempunyai berat kering keseluruhan 1,350kg menghamburkan kuasa setinggi 700hp dan lebih 1000Nm tork. 

Selain prestasi mesinnya yang terbaik, rekaan dalaman Huayra yang mewah seperti Bentley mahupun Rolls mampu membuatkan penggemar kereta mewah jatuh cinta. Tampak seperti pembuatan halus jam Switzerland, bahagian dalam diisi dengan kemewahan penggunaan kulit dan kaca aluminium trim serta stereng multi-fungsi. Malah terdapat butang kawalan yang membenarkan pemandu menyesuaikan kawalan kestabilan elektronik dan tatacara penghantaran seperti butang kawalan Manettino, Ferrari. 

Sebanyak manapun anda sukakan jentera berkenaan, ia hanya menjadi impian bagi kebanyakan individu kerana harganya yang mahal. Nantikan kemunculan Pagani Huayra 2011 di Geneva Motor Show. 

Petikan: Sinar Harian


p/s : Siapa ler agaknya, yang naik angau, bila tengok kereta canggih-manggih nih! hehehe....... - iwan284


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...