Ni apa ceritanya kat sini?

Helah Kerja Di Istana


LONDON: Bagi orang yang tidak bernasib baik untuk dijemput menghadiri majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, jangan putus asa. 

Ada pihak menyarankan supaya mereka memohon kerja membancuh kopi, melayan tetamu bagi majlis berkenaan mahupun membasuh selepas itu.

Seramai 1,900 orang disenaraikan sebagai tetamu majlis perkahwinan diraja Britain itu, April depan.

Ratu Elizabeth meletakkan dua iklan kerja di laman web www.royal.gov.uk, untuk mendapatkan Pembantu Am bagi Bilik Kopi dan Membasuh. 

Bagi yang berjaya, mereka akan diberi gaji £14,000 (RM70,000) setahun dan bertugas di Istana Buckingham di sini. 

Pemohon yang berjaya juga akan diberi tugas pergi ke istana lain di seluruh Britain, menurut laporan. 

Bagi jawatan pencuci pinggan mangkuk, orang itu mesti memastikan kebersihan di kawasan restoran dan dapur kakitangan. 

Seorang lagi memikul tanggungjawab mengatur hidangan teh dan kopi serta sarapan. 

Jika dua tugas itu tidak begitu digemari, ratu juga mencari seorang yang sedia menerima gaji £75,000 (RM1.9 juta) sebagai Ketua Lawatan Diraja yang memerlukan pemegang jawatan itu merancang kunjungan anggota diraja secara jimat dan sejajar dengan isu semasa alam sekitar. – Reuters 




No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...