Ni apa ceritanya kat sini?

Trend pelajar menengah sewa kereta mewah (video)

BEBERAPA pelajar menaiki kereta Lamborghini untuk menghadiri majlis graduasi sekolah mereka.
BEBERAPA pelajar menaiki kereta Lamborghini untuk menghadiri
majlis graduasi sekolah mereka. 

Trend pelajar sewa kereta mewah 

LONDON - Pelajar tahun akhir Sekolah Swanlea di sini menyewa kereta mewah untuk meraikan majlis graduasi dan tari-menari sekolah mereka pada bulan ini. 

Menurut statistik kerajaan, kawasan Swanlea merupakan antara kejiranan miskin di kota metropolitan itu. 

Namun, keadaan itu tidak menghalang kumpulan pelajar berusia 16 tahun itu berbelanja besar untuk menyewa pelbagai jenis kereta mewah untuk ke majlis tersebut. 

Semua kenderaan itu turut didatangkan dengan pemandu ekoran mereka belum layak mendapatkan lesen memandu. 

"Trend ini untuk menunjuk-nunjuk sebenarnya. Memasang stereo kereta sekuat-kuatnya dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain," kata seorang pelajar Sekolah Swanlea, Foyzur Rahman. 

Dia dan seorang rakannya membayar caj AS$610 (RM1,945) untuk menyewa sebuah kereta Audi S4 selama empat hari. 

Antara kereta mewah yang menjadi pilihan remaja sekolah ini termasuk Range Rover, Ferrari, Lamborghini dan Rolls-Royce. [Sumber



P/S : Ada lagi cerita pasal diorang nih. Cer korang tengok kat SINI. Yang ini lagi banyak gambar. :) 

Updated (Ahad, 21-7-2013) : Satu lagi video berkaitan post ini. Saksikannya di bawah ini ! 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...