Tweet |
Skylon terbang 4 jam ke mana-mana destinasi di dunia
LONDON - Sebuah syarikat aeroangkasa di Britain sedang membangunkan pesawat baharu yang mampu sampai ke mana-mana destinasi di dunia dalam masa singkat.
Selain itu, pesawat berteknologi tinggi itu juga boleh terbang ke angkasa lepas.
Firma aeroangkasa Britain, Reaction Engines dikatakan sedang membangunkan sebuah pesawat yang dipercayai mampu membawa para penumpang ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa empat jam.
Enjin SABRE untuk pesawat Skylon. (SABRE - Synergistic Air-Breathing Rocket Engine) |
Pihak Reaction Engines berkata, perkara itu mampu dilakukan melalui teknologi sistem pra-pendingin.
Dalam satu rakaman video, Ketua Kejuruteraan Reaction Engines, Alan Bond berkata, udara sejuk itu membolehkan enjin jet mengeluarkan kuasa yang jauh lebih tinggi berbanding sekarang.
"Teknologi ini membolehkan pesawat mencapai lima kali ganda kelajuan bunyi dengan mudah," kata Bond.
Syarikat itu berharap dapat menggunakan teknologi tersebut untuk membina sebuah pesawat yang mampu memuatkan 300 penumpang.
Ia yang dinamakan Skylon, sepanjang 84 meter dan dan dianggar berharga AS$1.1 bilion (RM3.49 bilion).
Pesawat tersebut dijangka melakukan penerbangan pandu uji pada 2019. [Sumber]
No comments:
Post a Comment