Ni apa ceritanya kat sini?

Cory Monteith mati disebabkan terlebih ambil heroin dan alkohol

Cory Monteith (1982-2013)
Cory Monteith (1982-2013) 

Bintang Glee disahkan mati terlebih ambil heroin, alkohol 

VANCOUVER - Bintang siri komedi-muzikal popular Glee, Cory Monteith mati akibat dos berlebihan heroin dan alkohol, kata pihak berkuasa Kanada kelmarin. 

Perkhidmatan Koroner Wilayah British Columbia memberitahu, hasil bedah siasat mendapati Monteith, 31 mengalami 'keracunan kombinasi dadah dan alkohol'. 

Menurut agensi berkenaan, kematian pelakon itu di sebuah bilik hotel di sini Sabtu lalu merupakan insiden yang tidak disengajakan dan bukan kes bunuh diri. 

"Setakat ini, tiada bukti menunjukkan sebaliknya kecuali kematian Monteith satu kemalangan paling sedih dan tragis," kata jurucakap koroner, Barb McLintock. 

Monteith ditemui mati sejurus selepas tengah hari di bilik penginapannya di Hotel Fairmont Pacific Rim. 

Polis Vancouver percaya dia bersendirian di dalam biliknya selepas pulang ke hotel itu awal pagi Sabtu lalu. 

"Bukti-bukti di dalam bilik Monteith konsisten dengan pengambilan dadah berlebihan," kata jurucakap Jabatan Polis Vancouver, Brian Montague pada satu sidang akhbar sekali gus menyokong laporan bedah siasat Koroner. 

Dalam pada itu, beberapa wakil teman wanita Monteith, Lea Michele kelmarin mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat kepada mendiang. 

"Sejak pemergian Monteith, Lea berkabung bersama keluarga mendiang," kata mereka. 

Monteith pernah membuat pengakuan terbuka berhubung usahanya untuk berhenti menagih dadah. 

Pada April lalu dia selesai menjalani rawatan secara sukarela di sebuah pusat pemulihan dadah. 

Monteith pernah dirawat di fasiliti sama semasa berusia 19 tahun. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...