Ni apa ceritanya kat sini?

[Ngeri] Mata lelaki ini ditusuk kayu snuker

Sam Willers
Sam Willers 

Kayu snuker tertusuk mata hingga ke otak 

London: Seorang lelaki kini bertarung dengan maut apabila sebatang kayu snuker tertusuk ke matanya, menembusi sehingga otak sebelum terhenti di dinding tengkorak. 

Sam Willers, 23, sedang leka bermain snuker dengan kawan-kawannya apabila seorang rakan menujah kayu itu ke mata mangsa. 

Difahamkan doktor hanya memberikan satu peratus peluang untuk Willers selamat. 

Namun, selepas pembedahan mata dijalankan dan Willers diletakkan dalam keadaan koma bagi membantu otaknya pulih, pemuda itu semakin pulih daripada kecederaannya. 

Kenalan Willers, Angela Harwood, 58, berkata pemuda itu kini sudah sedar dan mula bercakap. 

“Bahagian kirinya dalam keadaan baik, manakala doktor sedang mengusahakan pemulihan bahagian kanan,” katanya. 

Menurut Angela, masa yang lama diperlukan sebelum Willers pulih. “Selama tiga minggu sebelum ini nasibnya tidak menentu,” katanya.

Willers dari Denmead dekat Winchester dikejarkan ke Hospital Besar Southampton sebaik saja kemalangan berlaku. 

Dia dipindahkan ke Hospital Queen Alexandra di Portsmouth dan kekal berada di tahap “serius” sejak kemalangan pada 21 Jun itu. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...