Ni apa ceritanya kat sini?

Penduduk India bergegas hantar telegram terakhir

Seorang kakitangan pusat khidmat telegram menunjukkan cara menggunakan mesin telegram di Mumbai semalam.
Seorang kakitangan pusat khidmat telegram menunjukkan cara menggunakan mesin telegram
di Mumbai semalam.  

Penduduk bergegas hantar telegram 

NEW DELHI - Beribu-ribu penduduk di India bergegas ke pejabat telegram pada saat-saat akhir semalam untuk menghantar pesanan telegram terakhir sebelum perkhidmatan berusia 162 tahun tersebut ditutup. 

Semalam merupakan hari terakhir pesanan telegram akan diterima oleh pejabat telegram di seluruh India. 

Menurut Pejabat Pusat Telegram di New Delhi, pihaknya telah bersiap sedia menerima kebanjiran mesej pada hari terakhir itu. 

"Kami telah meningkatkan jumlah kakitangan di kaunter kerana sudah menjangka kebanjiran orang ramai pada hari terakhir operasi pejabat ini," kata Pengurus Besar Kanan Pejabat Pusat Telegram, New Delhi, Shameem Akhtar. 

"Kami akan mengambil pesanan telegram terakhir pada pukul 10 malam waktu tempatan pada Ahad (semalam) dan cuba untuk menghantar kesemua pesanan pada malam yang sama," tambahnya. 

Menurut Shameem, baki pesanan telegram itu akan dihantar pada hari ini. 

Cuti kesemua kakitangan pusat telegram telah dibatalkan sebagai usaha untuk mengendalikan jumlah pesanan yang bertambah. 

Kos minimum untuk menghantar telegram berharga 29 rupee (RM1.58) dan pesanan telegram dihantar dengan tangan oleh pekerja penghantaran dengan menunggang basikal. [Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...