Ni apa ceritanya kat sini?

Gadget perisik rahsia zaman perang dipamerkan di muzium Jerman

Seekor burung merpati tiruan dipakaikan dengan set kamera kecil yang pernah digunakan sewaktu Perang Dunia Pertama.
Seekor burung merpati tiruan dipakaikan dengan set kamera kecil yang
pernah digunakan sewaktu Perang Dunia Pertama. 

Imaginasi perisik di Muzium Jerman 

BURUNG merpati, kamera tersembunyi, pistol penanda dan peranti kecil amat sinonim dengan watak ejen perisik rahsia yang ditayangkan menerusi filem aksi seperti James Bond dan Mission Impossible. 

Bermula minggu ini, Muzium Jerman di Oberhausen, mengambil pendekatan itu dengan mempamerkan peralatan para perisik tulen di seluruh dunia bertajuk Top Secret. 

Sebuah kamera kecil turut dimasukkan ke dalam buku replika yang pernah digunakan oleh ejen Perisikan Persekutuan Amerika Syarikat (CIA).
Sebuah kamera kecil turut dimasukkan ke dalam buku replika yang pernah
digunakan oleh ejen Perisikan Persekutuan Amerika Syarikat (CIA). 

Pameran menampilkan burung merpati tiruan dilengkapi kamera kecil pada dadanya dan ia pernah digunakan oleh Jabatan Perisikan Jerman sewaktu melakukan tinjauan udara sepanjang Perang Dunia Pertama. 

Satu lagi alat yang mungkin membuka mata pengunjung adalah mikrofon kecil disembunyikan di dalam buah ceri tiruan dan diletakkan di dalam segelas minuman beralkohol. 

Sebuah kamera kecil diselitkan disebalik buah ceri di dalam segelas minuman beralkohol bagi tujuan risikan khas.
Sebuah kamera kecil diselitkan disebalik buah ceri di dalam
segelas minuman beralkohol bagi tujuan risikan khas. 

Muzium itu turut mempamerkan set pistol kecil yang digunakan untuk menandakan suspek dan objek bagi membolehkan si perisik mengesan mereka. Ia pernah digunakan oleh agen Perisikan Persekutuan Jerman, dipetik dari laporan MailOnline. 

"Bermula Perang Dunia Pertama sehingga isu pembakaran pada abad ke-21, Top Secret mendedahkan sisi stereotaip dan gambaran sebenar dunia perisikan pada suatu masa dahulu," menurut laman web muzium. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...