Ni apa ceritanya kat sini?

Lelaki Turki pakai sangkar kepala untuk berhenti merokok (video)

SEORANG lelaki Turki memakai sebuah sangkar kepala yang dicipta khas untuk berhenti merokok.
SEORANG lelaki Turki memakai sebuah sangkar kepala yang dicipta khas
untuk berhenti merokok.  

Pakai sangkar kepala untuk berhenti merokok 

KUTAYHA, Turki - Seorang lelaki Turki di sini sanggup mencipta sebuah sangkar kepala dan mengunci kepalanya di dalam sangkar tersebut semata-mata kerana mahu berhenti merokok, lapor akhbar Turki, Hurriyet kelmarin. 

Lelaki itu, Ibrahim, 42, yang berasal dari Kutayha, wilayah barat Turki menghasilkan sebuah sangkar berbentuk topi keledar. 

Kuncinya pula diberikan kepada isteri dan anak lelakinya. Tindakan itu dibuat supaya dia tidak boleh membuka sangkar kepala tersebut untuk merokok ketika berada di luar rumah. 

Ibrahim berkata, dia cuba mengubah tabiat merokok sehingga dua kotak sehari sejak 26 tahun lalu. 

Akhbar sama melaporkan bahawa Ibrahim menghasilkan sangkar tersebut sejak dua tahun lalu. Sejak memakainya, dia sudah tidak merokok lagi. [Sumber


P/S : Setakat nak berenti 'mokok' tu, baguslah. Tapi, macamana kalau nak makan? Hadoii... 

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...