Ni apa ceritanya kat sini?

Modenas 118EFi - Kapcai pertama guna sistem suntikan bahanapi elektronik (EFi)

Modenas 118EFI
Modenas 118EFI 

Modenas lancar motosikal varian terkini Modenas 118EFI 

PULAU PINANG 30 Jun - Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) hari ini melancarkan motosikal varian terkini iaitu Modenas 118EFI yang menampilkan teknologi sistem pancitan bahan api yang pertama dalam segmen moped di negara ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Abdul Halim Ismail berkata, lebih menarik jentera berkenaan turut dikuasakan dengan enjin 120cc teknologi Kawasaki. 

Katanya, model ini juga dilengkapi dengan sistem pancitan bahan api yang dibekalkan syarikat automotif terkenal, Synerject. 

"Ciri-ciri istimewa lain ialah rim sport yang bergaya, transmisi empat kelajuan dengan sistem gear berputar dan didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Hijau Alam dan Biru Semesta. 

"Oleh itu, kami yakin model ini mampu menepati citarasa golongan pengguna yang menginginkan sebuah motosikal canggih dan bergaya," katanya pada majlis perlancaran model itu sempena Pesta Auto DRB-Hicom di sini hari ini. 

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB Hicom, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil. 

Pada harga jualan RM4,775.40, Modenas 118EFI juga diyakini lebih efisien, mesra alam dan memenuhi tahap piawaian emisi Euro 3 yang mana sistem sama turut digunakan untuk hampir semua motosikal terutamanya bagi pasaran eksport. 

Abdul Halim berkata, model berkenaan juga dilengkapi tayar tanpa tiub, brek cakera hadapan dwi-piston untuk kuasa brek lebih efisien dan tangki minyak berukuran 4.3 liter yang mampu mencatat perjalanan sehingga 250 kilometer pada kelajuan purata 80 kilometer sejam. 

Mengulas mengenai sasaran jualan, Abdul Halim berkata, pengenalan model baharu itu dijangka akan meningkatkan penguasaan pasaran syarikat berkenaan ke tahap 15 peratus dengan anggaran jualan sebanyak 7,000 unit sebulan. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...