Tweet |
Basikal mesra alam serba guna
SEBUAH basikal mesra alam didakwa boleh digunakan sebagai pengecas pelbagai alat elektronik termasuk iPhone dan kamera.
Basikal terapung hasil ciptaan bersama Michael Strain, Ramerio Diaz dan Brandon Hartley di bawah nama Dezien itu menggunakan port bas bersiri semesta (USB) yang dipasang pada hendal dan kayuhan pedal dikatakan turut menghasilkan tenaga.
Rangka berbentuk segi tiga itu dihasilkan daripada bahan berkualiti yang biasanya digunakan untuk permukaan di dapur.
Menurut laporan media DailyMail, ia dilengkapi monitor skrin sentuh yang akan memaparkan jumlah tenaga elektrik dan kadar denyutan jantung si penunggang.
Jurucakap Dezien berpusat di Texas memberitahu projek itu menekankan konsep berbasikal sambil menghasilkan tenaga yang bersih, sihat dan mapan.
Menurutnya, basikal tersebut juga mempunyai kemudahan WiFi yang boleh digunakan untuk mengakses internet. [Sumber]
Basikal ni siap ada WiFi. Ok yang tu ganas :D
ReplyDeletehahaha... 'Mobile WiFi' la katakan.... :D
Delete