Ni apa ceritanya kat sini?

[Serius] Gara-gara pinangan ditolak, lelaki tembak sepupu sebelum membunuh diri

Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Kisah Uda dan Dara versi Yaman 

Sana’a: Seorang lelaki Yaman yang ditolak bapa saudaranya apabila dia melamar anak perempuan lelaki tua berkenaan menembak wanita terbabit di kepala sebelum membunuh diri. 

Lelaki berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Bassam itu pergi ke kediaman bapa saudaranya di Sana’a dan memberitahu, dia ingin berkahwin dengan sepupunya. 

Bassam terkejut apabila bapa saudaranya menolak permintaannya kerana dia dan sepupunya itu saling mencintai. 

Selepas lamarannya ditolak, Bassam mengeluarkan pistol dan menembak sepupunya di kepala.  

Dia melihat ke arah keluarga sepupunya yang terkejut dan memberitahu mereka jika dia tidak dapat memiliki wanita itu, mereka juga tidak akan memilikinya. 

Bassam kemudian berkata: “Biarkan dia (sepupunya) ke syurga,” lapor akhbar harian Kuwait Al Rai. 

“Bassam kemudian mengacukan pistol ke kepalanya sambil melihat semula ke arah bapa saudaranya dan berkata: “Dan saya akan ke neraka” sebelum menembak dirinya sendiri. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...