Ni apa ceritanya kat sini?

HyppTV ditawarkan untuk pengguna Streamyx


Pengguna Streamyx boleh akses HyppTV 

Telekom Malaysia Bhd (TM) memperluaskan jangkauan perkhidmatan televisyen protokol internet (IPTV), HyppTV, dengan membuka perkhidmatan itu kepada pengguna Streamyx. 

Pengerusinya, Datuk Sri Dr Halim Shafie, berkata HyppTV yang sebelum ini hanya boleh diakses menerusi perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi, kini boleh dinikmati di mana saja di seluruh negara menerusi Streamyx dan pada peranti pelbagai skrin. 

Beliau berkata, ia adalah langkah penting bagi HyppTV dalam memperluaskan penawarannya ke seluruh negara dengan menjadikan perkhidmatan itu boleh dinikmati menerusi jalur lebar TM yang meluas serta pelbagai platform lain menerusi HyppTV Everywhere ini. 

“Penawaran ini bertujuan memberikan pelanggan kami lebih kemudahan dan keselesaan untuk menikmati pengalaman perkhidmatan dipertingkatkan, menjadikan HyppTV bukan saja seperti slogannya, Primetime, Anytime, Everytime, malahan diperluaskan kepada Everywhere juga! 

Luaskan capaian IPTV 

“Bermula 1 Ogos depan, TM akan menjadikan perkhidmatan HyppTV boleh diakses kepada pelanggan jalur lebar Streamyx 4Mbps dan 8Mbps, sekali gus meluaskan capaian perkhidmatan IPTVnya,” katanya pada majlis pelancaran HyppTV Everywhere di Kuala Lumpur, semalam. 

Pelancaran disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek. Hadir sama Pengerusi TM, Datuk Sri Dr Halim Shafie dan Ketua Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa. 

Halim berkata, bagi pelanggan Streamyx 8Mbps sedia ada dan baru, HyppTV akan ditawarkan sebagai sebahagian pakej perkhidmatan tiga serangkainya, iaitu suara, Internet dan IPTV pada harga RM160 sebulan dengan 17 saluran percuma, selain diberi pilihan untuk melanggani HyppTV Platinum Pack. 

Bagi pelanggan Streamyx 4Mbps yang ketika ini menikmati suara dan internet, perkhidmatan itu ditawarkan sebagai pilihan tambahan pada kadar RM30 sebulan juga dengan 17 saluran percuma selain diberi pilihan melanggani pek HyppTV, katanya. 

Bayaran serendah RM5 

Beliau berkata, untuk menikmati HyppTV di skrin pelbagai, pelanggan hanya perlu membayar serendah RM5 sebulan untuk dua peranti atau RM10 sebulan untuk lima peranti. 

“Sebagai promosi pengenalan, pelanggan UniFi dan Streamyx boleh menikmati perkhidmatan HyppTV Everywhere untuk dua peranti secara percuma bermula 1 Ogos hingga 30 September 2013,” katanya sambil menambah untuk muat turun aplikasi HyppTV Everywhere, pelanggan boleh melayari Play Store atau Apple Store dan cari HyppTV Everywhere. 

Pada majlis pelancaran itu tetamu diberi prebiu set top box HyppTV Everywhere merentas pelbagai platform seperti telefon pintar, tablet, komputer peribadi dan komputer riba. 

Bagi telefon pintar dan tablet, aplikasi itu hanya boleh diakses pengguna Android dan Apple iOS buat masa ini. 

HyppTV menawarkan 109 saluran dengan 27 daripadanya dalam definisi tinggi (HD), saluran premium (48), percuma (25), radio (8), video-atas-permintaan (16), dan interaktif (20). [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...