Ni apa ceritanya kat sini?

Ulat pemakan daging dalam perut wanita (video)


Haba cegah luka berulat 

SEORANG wanita Britain tidak menyangka kesan gigitan serangga di perutnya bulan lalu, bertukar menjadi sebahagian tempat pembiakan lalat. 

Kejadian berlaku selepas Catherine Stewart, 28, dari Liverpool menyertai program amal di Gambia, Afrika. 

Kesan gigitan serangga dipercayai lalat tumbu yang membawa rengga pemakan daging itu mula dikesan sebaik beliau kembali ke Britain. 

"Saya dapati kesan gigitan bertukar daripada kemerahan kepada kekuningan. 

"Apa yang terlintas di fikiran ia hanyalah nanah  biasa lalu saya memicitnya. Bagaimanapun, selepas itu saya merasakan ada sesuatu objek bergerak di dalam lubang gigitan dan berasa gatal serta sangat sakit," katanya. 

Sebelum mendapat rawatan di hospital Royal Universiti Liverpool, beliau mengeluarkan enam ulat hidup dari lukanya itu. 

"Ia sangat menjijikkan tetapi saya dapati masih terdapat puluhan ulat di dalam luka itu," katanya dipetik laporan MailOnline. 

Pakar menyarankan beliau perlu memakai pakaian kering dan bergosok kerana telur ulat berkenaan akan mati akibat kesan haba seterika. 

"Jika seseorang itu terkena gigitan lalat tumbu, kawasan gigitan itu akan menjadi tempat larva menetas," katanya. 

Menurutnya, ulat daripada larva itu akan mencari lubang udara dan kesannya, individu dijangkiti akan berasa sakit pada bahagian tisu gigitan. [Sumber



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...