Ni apa ceritanya kat sini?

'Bandar fiksyen' Star Wars, Mos Espa berdepan ancaman timbunan pasir


Set penggambaran Star Wars bakal tenggelam 

TUNIS - Bandar fiksyen, Mos Espa yang dibina di gurun Tunisia untuk menjadi set penggambaran bagi filem Star Wars Episode I, kini mengalami ancaman akan tenggelam oleh timbunan pasir dikenali sebagai barchan. 

Barchan yang merupakan timbunan pasir berbentuk bulan sabit dijangka menenggelamkan bandar yang menjadi tempat di mana watak utama filem itu, Anakin Skywalker membesar. 

Saluran televisyen BBC melaporkan, Barchan semakin mendekati Mos Espa dalam jarak 15 meter setiap tahun. 

Keadaan itu amat membimbangkan ekoran kawasan tersebut merupakan tarikan utama pelancongan di Tunisia dengan beribu-ribu pelancong mengunjungi Mos Espa untuk menyaksikan Skywalker membesar yang akhirnya menjadi watak jahat, Darth Vader. 

Satu laporan akhbar Independent yang memetik saintis melaporkan, kerajaan Tunisia mungkin merancang untuk mengambil pendekatan bagi mengelak timbunan pasir tersebut memusnahkan bandar fiksyen tersebut. 

Penyelidik John Hopkins Universiti, Amerika Syarikat (AS), Dr. Ralph Lorenz berkata, antara pendekatan yang mungkin boleh diambil adalah dengan membina tembok atau pagar untuk menghalang kejadian itu berlaku. 

Beliau yang melawat kawasan tersebut pada 2009, mendapati satu set penggambaran Star Wars Episode IV: A New Hope telah pun ditenggelami pasir. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...