Ni apa ceritanya kat sini?

Wanita malang terperangkap 2 jam dalam tong derma kerana mencari gelang tangan

TONG mengumpul barangan terpakai yang ‘memerangkap’ seorang wanita penghidap sklerosis.
TONG mengumpul barangan terpakai yang ‘memerangkap’ seorang
wanita penghidap sklerosis. 

2 jam terperangkap dalam tong derma 

Oklahoma City: Gara-gara mahu mencari gelang tangan yang dipercayai dibuang bersama pakaian lama, seorang wanita terperangkap selama dua jam dalam bekas mengumpul pakaian terpakai untuk tujuan amal, semalam. 

Terdahulu, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan memanjat tong berkenaan untuk mencari beg berisi pakaian lama yang dibuangnya. Bagaimanapun, tiba-tiba dia terjatuh dan gagal keluar dari situ. 

Selepas menyedari dia terperangkap, wanita terbabit menunggu sehingga dua jam dalam kepanasan sebelum menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan. 

Ketika menghubungi talian 911, wanita terbabit yang menghidap sklerosis menceritakan bagaimana dia kembali ke tong berkenaan selepas menyedari gelang tangan milik ibunya hilang. 

“Saya datang ke sini dan menyelongkar bungkusan yang ada dan tiba-tiba terjatuh. 

“Disebabkan saya menghidap sklerosis berbilang, tidak lama kemudian saya mula kejang otot dan tidak mampu keluar sendiri,” katanya. 

Sementara menunggu bantuan tiba, beberapa penderma lain tidak menyedari wanita terbabit terperangkap di dalam tong itu lari apabila terdengar jeritan meminta tolong. 

Wanita itu kemudian diselamatkan sepasukan anggota bomba yang tiba tidak lama kemudian. 

Pegawai bomba bertugas, Brian Stanalan berkata, wanita terbabit keletihan dan kehilangan banyak air dalam badan. 

“Dia terperangkap dua jam di bawah sinar matahari dan bekas ini diperbuat daripada besi,” katanya.

Tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu menemui semula barang kemas yang dicarinya. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...