Ni apa ceritanya kat sini?

Kereta Unik Pink Panther Dilelong


KERETA Panthermobile yang direka khas untuk 
filem Pink Panther boleh menjadi milik anda menerusi 
lelongan dalam talian 14 Oktober ini. - AGENSI 


MANCHESTER 14 Sept - Kereta asal Pink Panther dikenali sebagai Panthermobile yang muncul dalam filem tahun 1960-an dan 1970-an akan dilelong secara talian sehingga 14 Oktober ini yang dianggar boleh mencecah jualan melebihi 114,000 euro (RM479,000). 

Direka oleh Jay Ohrberg yang juga mencipta kereta untuk filem Knight Rider, Back To The Future (Delorean) dan Batman (Batmobile) pada tahun 1966, Panthermobile akan dilelong bersama dengan replika kereta dari filem Chitty Chitty Bang Bang

Panthermobile pernah bertukar tangan sekali sahaja sebelum ini sejak dibina pada tahun 1969. 

Ohrberg menjual kereta itu semasa jualan lelong pada tahun 2007 dan memperolehi kira-kira 100,000 euro (RM420,000). 

Menurut firma lelongan, Panthermobile perlu dibaik pulih. 

"Pada masa ini, enjin kereta tersebut tidak bernyala tetapi ia dipercayai berfungsi apabila dijual pada tahun 2007," ujar firma itu. - Dpa 




2 comments:

  1. salam nk tanya nie klo nk wt KOMEN TERBARU cm blog nie cm mana erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. nak wat KOMEN TERBARU cam blog ni, klik kat SINI

      Delete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...