Ni apa ceritanya kat sini?

Presiden Indonesia Cipta Lagu Atasi Tekanan

Susilo Bambang Yudhoyono 
HONOLULU: Ketika pemimpin negara lain bermain golf atau menunggang kuda untuk berehat, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata, dia lebih suka mencipta lagu. 

Satu daripada ciptaannya mengenai alam sekitar turut diperdengarkan sejurus sebelum dia berucap kepada pemimpin komuniti bisnes kelmarin. 

Susilo menyampaikan ucapan di majlis sampingan diadakan sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia - Pasifik di Honolulu, Hawaii. 

Kata Susilo, 62, setiap pemimpin negara memang mempunyai hobi masing-masing. 

“Sesetengah pemimpin gemar menunggang kuda, bermain golf atau memancing untuk mengisi masa lapang. 

“Hobi saya pula ialah mencipta lagu. “Saya jarang-jarang melakukannya tetapi apabila mendapat ilham dan keadaan sesuai, saya akan melakukannya,” katanya. 

Menurut Susilo, selalunya dia berpeluang mencipta lagu sekali setiap tiga atau empat bulan. 

“Lagu menjadi cara saya dapat berkomunikasi dengan orang ramai. 

“Jika saya menggunakan bahasa politik, akan selalu ada salah tafsir daripada pihak lain,” katanya. 

Sebaliknya, kata bekas jeneral tentera Indonesia itu, melalui lagu, dia mampu berkomunikasi dengan lebih mudah dan diterima semua pihak. 

“Ia menjadi cara saya melepaskan ketegangan melampau sebagai pemimpin negara,” katanya. - AFP 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...