Ni apa ceritanya kat sini?

Download : Angry Birds Season v2.0.0

Salam. Apa khabar semua? Sihat, kan? Hehehe.... Oklah, tak payah bebel banyak-banyak, terus bukak cerita jer. Hari ni, nak cerita pasal game Angry Birds pulak. Rasanya, baru tak sampai sebulan aku post blog pasal game Angry Birds Season v1.5.1, tiba-tiba sudah ada update terbaru game Season ini..... 


Versi terbaru game Angry Birds Season ini, ialah v2.0.0. Ditemui secara tidak sengaja dalam satu website itu (klik sini), bila dicheck tarikh posting dalam website tersebut, ia jatuh pada satu tarikh yang 'cantik' itu (1-11-11). Kira baru lagilah tu! Hehehe.... 

Dipendekkan cerita, dari website itu, terus klik satu link dari 3 link download yang ada dalamnya, kemudian, mengekstrakkan file yang dah didownload itu dengan WinRAR, dan akhir sekali, terus install kat lappy aku. Bukannya apa, saja nak tau apa yang terbaru dan ditambah dalam versi terkini Season ini.

Ini hasil dari review aku tentang game Season terbaru yang agak ringkas ini: 

1 - Menu terbaru - Season 2011 (7 game) dan Season 2012 (1 game) 



2 - Game terbaru - Mooncake Festival (Season 2011) & Ham'o'ween (Season 2012) 

Mooncake Festival (Season 2011) 


Ham'o'ween (Season 2012) 


3 - Kemunculan pertama ahli terbaru Angry Birds - Orange Bird dalam Ham'o'ween 



4 - Menu game bagi setiap menu Season 2011 dan Season 2012 lebih mirip kepada menu game Angry Birds Rio 

Season 2011


Season 2012 

Banyak ini jer benda-benda baru yang aku jumpa dalam game Season v2.0.0 ini, selepas beberapa kali  review dan main game ini.... Apa pendapat korang? Jauh tak bezanya dengan Season v1.5.1, kan? Kalau korang tak caya, cer klik sini, kalau korang nak buat perbandingan antara kedua-dua versi Season ini. 

Kalau dah suka, tentulah korang teringin nak download game ini, kan? Hehehe... OK, link downloadnya ada kat bawah ini. :)

--->  KLIK SINI :) 

Lepas download: 
  • Install 
  • Copy cracked exe to install directory 
  • Register with any key 
  • Have fun 
Camtu lah ayat yang aku copy kat website itu untuk cara nak install game ini..... Tapi, kalau korang masih tak berapa faham jugak, dan tak berapa jelas, cara nak install game ini, cer korang rujuk link ini: Download : Angry Birds Season v1.5.1, cari "Cara Nak Install Game Angry Birds Season v1.5.1 Kat Laptop/PC", cara dia sama je. Cuma, bezanya, korang boleh terus ekstrakkan file game itu (sebelum install), takde mintak password pun... 

Ok lah, cukup sampai sini saja. Next time, entah apa plak update terbaru game Angry Birds nanti, yer? Hehehe.... :D

Updated: Video kat bawah ni, menunjukkan cara nak install game Angry Birds Season v2.0.0 ini.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...