Ni apa ceritanya kat sini?

Majlis Perkahwinan Di Dalam Gelanggang Tinju

MANUEL ANTELMO CASTRO dan isterinya, 
Vicky Rodriguez berdiri di tepi gelanggang tinju 
di Cancun, Mexico kelmarin. 
CANCUN, Mexico - Seorang peminat tinju, Manuel Antelmo Castro melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Vicky Rodriguez di dalam gelanggang tinju di sini kelmarin. 

Mereka melangsungkan perkahwinan itu sebelum perlawanan tinju antara Alfredo 'Perro' Angulo dari Mexico dan petinju Amerika Syarikat, James 'Mandingo Warrior' Kirkland. 

Pertandingan itu melibatkan kategori super welterweight. Dalam pertandingan itu, Kirkland yang berkulit hitam berjaya mengalahkan Angulo dalam pertarungan yang berlangsung selama enam pusingan. Bekas juara tinju dunia keturunan Mexico, Oscar De La Hoya menjadi saksi dalam majlis perkahwinan itu. - Agensi 




No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...