Ni apa ceritanya kat sini?

Anak Lelaki Gaddafi, Seif Al-Islam Ditangkap

Seif Al-Islam Gaddafi 

TRIPOLI, Libya - Anak lelaki Muammar Gaddafi, Seif Al-Islam ditangkap di sebuah bandar di selatan Libya bersama tiga pengikutnya yang cuba menyeludup Seif keluar dari negara berkenaan, kata seorang komander militia semalam. 

Komander militia Briged Zintan, Bashir Al-Tlayeb berkata, Seif ditangkap di bandar Obari, dekat bandar raya Sabha sekitar 650 kilometer ke selatan ibu kota Libya di sini. 

Seif ditangkap ketika mahu menyeberangi sempadan untuk ke negara jiran Libya, Niger. 

Bashir bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana Seif ditangkap tetapi memberitahu bahawa anak Gaddafi itu dibawa ke bandar Zintan yang merupakan pangkalan terbesar pejuang revolusi di Libya. 

Menurutnya, keputusan di mana Seif akan dibicarakan hanya akan diputuskan oleh Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang mentadbir Libya. 

Beliau turut memberitahu bahawa setakat ini masih tiada maklumat berhubung tempat persembunyian bekas pengarah agensi perisikan Libya, Abdullah Senoussi. 

Dilahirkan pada 1972, Seif Al-Islam Gaddafi ialah anak sulung daripada tujuh orang anak Gaddafi bersama isterinya, Safiya Gaddafi. 

Beliau menerima sokongan Barat beberapa tahun lalu selepas menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin reformis yang liberal tetapi kemudian bertindak menyokong bapanya bertindak kejam terhadap pihak penentang pada hari-hari terakhir rejim Gaddafi. 

Seif menyembunyikan diri selepas bandar raya ini jatuh ke tangan pejuang revolusi Libya. 

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebelum ini menyatakan ia mengadakan rundingan tidak langsung dengan Seif mengenai kemungkinan beliau menyerah diri kepada ICC kerana dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan semasa rejim Gaddafi cuba mematahkan kebangkitan rakyat Libya. 

ICC mengeluarkan waran tangkap pada 27 Jun terhadap Seif, 39, Gaddafi dan Abdullah pada 27 Jun lalu. 

Gaddafi terbunuh pada 20 Oktober lalu apabila tentera rejim baru Libya menyerang bandar kelahirannya, Sirte. - Agensi 

Sumber  


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...