Ni apa ceritanya kat sini?

Mesin Kombinasi Unik Dicipta


LONDON - Golongan muda tidak lagi akan memberi alasan enggan membasuh pakaian mereka akibat terlalu leka dengan permainan video. 

Ini kerana, seorang mahasiswa warga Taiwan dari Universiti Kingston, London, Lee Wei Chen, 27 telah mencipta alat elektronik unik yang menggabungkan permainan video klasik dan mesin basuh. 

Wei Chen mendakwa idea asal penciptaan mesin kombinasi itu tercetus selepas menyedari bahawa selama ini dia telah membuang sebahagian masa untuk bermain permainan video. 

“Saya mahu kemahiran bermain permainan video digunakan secara bermanfaat dalam dunia nyata lalu terciptalah mesin kombinasi ini,” katanya lagi. 

Mesin tersebut juga boleh mengesan jika ada individu cuba untuk menipu semasa sedang bermain, menyebabkan prosesnya akan terhenti serta-merta. 

“Jika ia terhenti semasa proses membasuh baju belum selesai, pengguna perlu memasukkan wang syiling semula supaya ia dapat berfungsi kembali,” jelasnya. 

Proses mencuci pakaian dan tempoh jangka masanya juga adalah bergantung kepada tahap penguasaan individu terhadap permainan video arked itu. 

Idea ciptaan Wei Chen turut menerima pujian ketua kursusnya di universiti tersebut, Colin Holden yang menganggap ia sebagai gabungan konsep rekaan alat elektronik baru dan segar serta paling menarik pernah dihasilkan pelajarnya. 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...