Ni apa ceritanya kat sini?

Google Music Diperkenalkan


LOS ANGELES 18 Nov. - Dalam usaha untuk menyaingi Apple Inc. dan Amazon.com Inc. yang menguasai segmen hiburan audio, Google Inc. melancarkan kedai muzik di dalam talian. 

Google Music yang mengandungi lebih 13 juta lagu itu akan turut disepadukan dengan Pasaran Android, kedai di dalam talian untuk aplikasi telefon pintar dan video milik syarikat itu. 

Google Music akan membolehkan enjin carian web terkemuka itu melakukan perkara sama dengan membiarkan pengguna mengakses muzik daripada pelbagai alat penghubung Internet dan dengan mudah berkongsi lagu dengan kawan. 

Namun penganalisis berkata, kekurangan runut bunyi daripada Warner Music akan mengehadkan tarikan kepada Google Music. 

Google Music dilancarkan dalam satu majlis di Mr. Brainwash Studios di Hollywood, California, kelmarin. 

Google memeterai perjanjian dengan tiga daripada empat syarikat muzik utama di Amerika Syarikat iaitu Vivendi SA's, Universal Music Group, Sony Music Entertainment dan EMI. 

Selain itu, mereka turut menandatangani perjanjian dengan label kumpulan bebas yang semakin meningkat naik, Merlin dan Beggars Banquet. 

Menurut penganalisis, penjualan muzik di dalam talian dilihat akan meningkatkan pendapatan Google, tetapi mereka perlu memastikan telefon Android dapat menawarkan perkhidmatan sama seperti pesaingnya. 

Android adalah sistem operasi telefon pintar nombor satu di dunia dengan kira-kira 200 juta pengguna, tetapi tanpa perkhidmatan muzik, ia tidak mungkin dapat menarik minat pengguna. - REUTERS 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...