Ni apa ceritanya kat sini?

Lelaki Musnahkan Kereta Dengan Tangan Kosong (Video)

AKSI seorang lelaki memusnahkan sebuah kereta dengan 
menggunakan tangan kosong. 


LONDON - Operasi meleraikan sebuah kereta biasanya dilakukan menggunakan jentera berat. Tetapi seorang pengamal seni mempertahankan diri berbuat demikian dengan menggunakan tangan kosong, lapor akhbar Mail Online semalam. 

Lelaki berkenaan yang memakai pakaian karate melepaskan kemarahannya dengan mengoyak sebuah kereta sedan empat pintu dalam satu klip video yang disiarkan di laman perkongsian video YouTube. 

Selepas berulang kali menendang kereta tersebut, dia kemudian meleraikan kenderaan itu dengan menggunakan tangannya. 

Lelaki tersebut dipercayai mendapat inspirasi melakukan aksi ganas itu daripada permainan video popular, Super Street Fighter IV. 

Permainan video itu menampilkan karakter bernama Ryu meremukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan menggunakan jurus seni mempertahankan diri dalam pusingan bonus dinamakan Car Crush. - Agensi 




No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...