Sebutir berlian merah jambu yang dilelong buat pertama kalinya dalam tempoh 36 tahun, dijual pada harga AS$17.4 juta (RM55 juta) dalam satu majlis lelongan di sini (Hong Kong), semalam.
Berlian seberat 12 karat yang dikenali sebagai Martian Pink itu adalah berlian merah jambu terbesar yang pernah dilelong.
Menurut firma lelongan Christie's yang mengendalikan acara tersebut, berlian itu dijual pada harga sekali ganda lebih tinggi daripada yang diramalkan sebelum ini.
Mereka tidak minta dilahirkan begini, namun takdir menentukan ketiga-tiga beradik lelaki dari Dominica ini dikesan mempunyai ketidakstabilan hormon dalam tubuh badan mereka atau lebih dikenali dengan Gynecomastia.
Kesannya, kesemua mereka mempunyai payudara seperti seorang wanita.
Dek kerana fizikal mereka yang dikatakan aneh dan ganjil dari lelaki-lelaki lain, mereka sering dipukul, diganggu dan diejek oleh masyarakat sekeliling.
Namun, kini semuanya berubah apabila ‘payudara’ mereka telah pun dibuang melalui proses pembedahan di salah sebuah hospital di sana.
Ketika anda masuk ke tandas awam, bilik hotel, fitting room, restoran, salon, spa dan lain-lain, kebanyakan dari anda yakin bahwa cermin yang digantung di dinding kelihatannya seperti cermin biasa... Tapi sesungguhnya, apakah ia sebenarnya, cermin BIASA, atau, cermin 2 ARAH (orang di belakang cermin itu boleh melihat anda, dan anda tidak dapat melihat mereka), seperti cermin pada bilik soal siasat (interrogation room) pejabat polis yang sering kita saksikan dalam filem.
Banyak kes dimana ada orang memasang cermin 2 ARAH di dalam ruang ganti pakaian wanita (women's clothes in the locker room) atau di tandas wanita, kadangkala ini menyebabkan unsur-unsur nakal (rogue elements) di situ tanpa pengetahuan pemilik kedai / restoran / hotel /salon / spa.
► Banyak saksi palsu..
► Kurang sifat amanah..
► Zina bermaharajalela..
► Ramainya anak luar nikah..
► Penaklukan Baitulmuqaddis..
► Bermaharajalela alat muzik..
► Banyak berlakunya gempa bumi..
► Ramai orang soleh meninggal dunia..
► Menghiasi Masjid dan membanggakannya..
► Lelaki mentaati isterinya dan mendurkai ibunya..
► Pemimpin terdiri dari orang yang fasik dan jahil..
► Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja..
► Orang yang hina mendapat kedudukan terhomat..
► Ramai wanita berpakaian tapi hakikatnya terlanjang..
► Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan..
► Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita..
Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.
Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Seorang pelukis Jepun mempunyai cara tersendiri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai golongan minoriti seks dengan memasak alat kelaminnya sendiri untuk dijamah lima orang yang membayar harga hidangan itu di Tokyo, baru-baru ini.
Mao Sugiyama menjalani pembedahan membuang alat kelamin pada Mac lalu, menyimpannya pada takat beku selama dua bulan sebelum memasaknya untuk pelanggan di sebuah dewan pada 13 Mei, menurut keterangannya di laman Twitter miliknya dan laporan polis tempatan.
Pelanggan terbabit membayar 20,000 yen (RM750) bagi sepinggan hidangan alat kelamin itu. Gambar di laman web menunjukkan cendawan dan daun pasli dalam hidangan itu.
Pembinaan Taman Tema Angry Bird di Finland, meluaskan lagi empayar jenama permainan komputer itu akan dibuka di United Kingdom.
Bermula daripada satu permainan ringkas yang boleh dimuat turun ke telefon pintar dengan harga hanya 59 peni (RM2.50), kini Angry Bird mempunyai pengaruh yang sangat besar di seluruh pelosok dunia.
Semua golongan tidak kira usia meminatinya termasuk Perdana Menteri Britain, David Cameron dan istimewa untuk peminatnya, Taman Angry Bird kini dibuka di Tampere, Finland.
Terletak dalam Taman Hiburan Sarkanniemi di sini, ia direka khusus sebagai lokasi hiburan keluarga dan kanak-kanak kecil, dengan memiliki 12 permainan tunggangan, beberapa permainan berbentuk cabaran dan juga stesen menjual makanan.
Sepasukan ahli arkeologi Israel menemui sebuah meterai (cop mohor) berusia 2,700 tahun yang tertera perkataan Baitul Laham dalam bahasa Ibrani, kata Pihak Berkuasa Antikuiti Israel kelmarin.
Ia dipercayai bukti terawal kewujudan kota Baitul Laham seperti yang disebut dalam kitab Injil.
Penganut Kristian percaya bahawa Nabi Isa dilahirkan di kota Baitul Laham.
Diperbuat daripada tanah liat, meterai itu ditemui semasa kerja ekskavasi di Kota Nabi Daud, berhampiran Bandar Lama di sini.
Pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, artifak berdiameter 1.5 sentimeter itu dihasilkan antara 700 hingga 800 tahun Sebelum Masihi ketika raja-raja Yahudi memerintah kerajaan Judah atau 700 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. [Sumber]
Irama dan Lagu, tidak dapat dipisahkan. Begitu juga Sudirman dan Malaysia.
Lagenda seni tanahair, Allahyarham Sudirman adalah di antara bintang kelahiran Malaysia yang telah menempa nama di dalam dunia hiburan tempatan dan antarabangsa serta terukir kekal di hati ribuan peminatnya sehingga hari ini.
Sempena kempen AKUSUDIRMAN, Astro dengan bangganya ingin meraikan nostalgia ini dengan lagu dan program-program menarik termasuk filem Hoore Hoore yang menampilkan seleksi karya muzik beliau yang tiada tandingan.
Sertai kami di dalam Konsert Kenangan Sudirman bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada pukul 9.00mlm pada 3 Jun 2012. Maklumat lanjut, klik SINI.
Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA. Na’uzubillah.
Terkejut jugak bila terbaca entry dari blog Zamani 84 dari dashboard Blogger aku, pasal big boss atau jutawan Facebook, Mark Zuckerberg dah kahwin dengan pasangan pilihan hati, Priscilla Chan, semalam. So, check pulak kat Facebook.... memang betul.... Ada termasuk dalam timeline Facebook si Zuckerberg ni (klik SINI).
Seorang wanita mengalami lecur tahap dua dan tiga apabila batu berwarna yang dikutip oleh keluarganya dari pantai di selatan California, tiba-tiba terbakar, di dalam poket seluarnya.
Lyn Hiner berkata, “Kami sedang berbual mengenai siapa perlu menjemput pengasuh apabila tiba-tiba kaki saya terasa panas.”
Katanya lagi, “Saya ingatkan saya digigit serangga, lalu saya memukul seluar dan tiba-tiba ia saya terbakar.”
Batu berwarna hijau dan jingga itu dijumpai dan dikutip oleh anak perempuan Lyn di Pantai San Onofre di California Selatan.
Antara halaman ‘Perpaduan Antara Tahanan Palestin’ yang berperanan untuk menyokong perjuangan orang Islam di penjara Israel.
Tindakan nekad kira-kira 1,600 tahanan Palestin mogok lapar secara besar-besaran pada 17 April lalu sebagai protes terhadap ketidakadilan rejim Zionis berjaya mendapat perhatian ‘netizen’ (komuniti pengguna dalam talian) yang prihatin dengan nasib mereka.
Ini kerana, ratusan ribu pengguna laman sosial, Facebook dan laman blog mikro, Twitter di seluruh dunia telah menukar gambar profil mereka sejak awal minggu ini sempena dengan Hari Tindakan Antarabangsa untuk Tahanan Palestin anjuran Kesatuan Perdagangan Bebas dan Persekutuan Am di Genting Gaza.
Ia bertujuan untuk menggesa media dalam talian bagi menyokong tahanan Palestin menerusi kempen elektronik, ‘Perpaduan antara Tahanan Palestin’.
Gambar berlatarbelakangkan warna coklat memaparkan tahanan lelaki dan wanita Palestin dengan mata tertutup itu didakwa sebagai simbol kepada ribuan orang Islam yang teraniaya di penjara Israel.
Pelbagai halaman yang menyokong perjuangan tahanan Palestin turut diwujudkan dan mendapat reaksi positif pengguna.
Kempen dalam talian tersebut dimaklumkan akan diteruskan sehingga semua tahanan Palestin menamatkan mogok lapar.
Dalam perkembangan terbaru, dua tahanan Palestin dilaporkan masih tetap meneruskan mogok lapar walaupun Israel telah menandatangani perjanjian untuk memenuhi beberapa tuntutan hak asas termasuk menghentikan hukuman kurungan seorang diri (solitary confinement) yang diperjuangkan oleh mereka sebelum ini. [Sumber]
3 kucing Cafe Neko menguasai sebuah meja dalam kafe berkenaan.
Ia kafe yang berlainan dengan kafe lain. Penghuninya tidak akan mengangkat jari untuk melayan tetamu, sebaliknya akan berkeliaran di dalam seolah-oleh mereka yang memiliki kawasan itu.
Dan jangan terperanjat jika terdapat ‘bulu ganjil’ di dalam minuman anda.
“Kafe kucing’ pertama di Eropah dibuka di Austria awal bulan ini.
Pelanggan menghirup teh dan kopi mereka sementara kucing yang mendiami kafe berkenaan - Sonja, Thomas, Moritz, Luca dan Momo di pangkuan mereka atau tidur di bawah kerusi.
Seorang wanita lumpuh dari negeri Massachusetts, Cathy Hutchinson mengawal pergerakan sebuah tangan robotik dengan menggunakan mindanya.
Teknologi terbaharu itu dapat membantu memudahkan kehidupan harian Hutchinson yang lumpuh seluruh badan sejak 15 tahun lalu.
Wanita itu mengarahkan tangan robotik tersebut untuk melakukan pelbagai tugas seperti mengangkat sebotol air kopi dan meletakkan minuman itu ke dalam mulutnya.
Inovasi tersebut disiarkan jurnal Nature di Internet pada Rabu lalu.
Ia dihasilkan oleh beberapa saintis Universiti Brown, Pusat Perubatan Providence VA di Pulau Rhode, Sekolah Perubatan Harvard dan beberapa tempat lain.
Tangan robotik tersebut dikawal dengan bantuan cip sebesar sebiji pil yang ditanam ke dalam otak manusia.
Ia menerima input aktiviti elektrik sel otak apabila individu berkenaan berimaginasi dia sedang menggerakkan tangannya.
Cip berkenaan kemudian menghantar isyarat tersebut ke sebuah komputer yang kemudian menggerakkan tangan robotik itu. [Sumber]
Assalamualaikum pada semua.... tetiba pulak tergerak hati aku ini nak bercerita pasal aku dapat cek dari Churp Churp nih.... Cerita dia macam ni, beberapa hari lepas, kalau tak silap, hari Isnin, posmen hantar 2 surat, salah satunya, surat dari Churp Churp... Sekali pandang, surat yang aku maksudkan itu, ber"envelop" besar, kaler putih, tidak bertulis apa-apa pun kat luar, kosong. Tapi, aku agak, ini mesti dari Churp Churp nih, sebab dah lama rikuescashout ni... dah dekat 2 bulan dah....huhu... lama tuu...
India: Lelaki, Wanita Gunakan 81 Jam Sebulan Pada Telefon Pintar
Lelaki dan wanita di India, yang merupakan pengguna telefon mudah alih kedua terbesar di dunia, menggunakan 81 jam sebulan mengendalikan peranti telefon pintar masing-masing.
Bagaimana pun, wujud perbezaan ketara cara mereka menggunakan peranti masing-masing, di mana lelaki suka melayari web manakala wanita menggunakan perkhidmatan pesanan.
Nielsen Informate Mobile Insight mendedahkan bahawa wanita menggunakan 25 peratus daripada masa membuat penggilan dan menghantar pesanan, 19 peratus melayari web, 29 peratus aplikasi online dan 27 peratus aktiviti offline.
Sebuah kamera prototaip Leica buatan 1923 dijual pada harga 2.16 juta euro (RM8.57 juta) dalam satu lelongan di sini sekali gus mencatat rekod baharu kamera paling mahal di dunia.
Kamera prototaip Leica siri O berkenaan dibeli oleh seorang pembida misteri semalam.
Cuma 25 buah kamera siri O dihasilkan bagi menguji pasaran kamera lensa 35 milimeter sebelum pengeluaran secara besar-besaran dibuat pada 1925.
Rekod sebelum ini dicatat pada tahun lalu juga oleh sebuah kamera siri O.
Kamera berkenaan dijual pada harga 1.32 juta euro (RM4.05 juta) manakala lelongan pertama kamera siri O pada 2007 cuma meraih 336,000 euro (RM1.03 juta). [Sumber]
Peminat kereta, Chris Smart tidak mampu membeli sebuah Ferrari idamannya yang berharga £15 juta (RM75 juta).
Untuk mengubati kekecewaannya, dia melukis gambar kereta berkenaan di pintu garajnya.
Smart, 32, menghabiskan masa dua minggu melakar dan mengecat gambar Ferrari 250 GTO yang dikeluarkan pada 1962 dengan cat kalis cuaca.
Kereta itu kini sukar diperoleh. Jiran dan orang ramai yang melintasi depan garajnya boleh dimaafkan sekiranya beranggapan pekerja perkhidmatan sokongan pelanggan itu menjual BMW 1 Seriesnya untuk mendapatkan kereta sport klasik itu.
Beberapa pemandu dikatakan brek mengejut untuk melihat ‘kereta’ itu ketika melintasi garaj Smart di Bishopstoke, berhampiran Eastleigh, Hants.
Chris yang sudah berumah tangga dan pernah belajar melukis di sebuah kolej berkata: ‘Sebelum ini saya benci melihat pintu garaj itu kerana ia membosankan.
“Saya melihat pintu depan garaj yang menarik di Internet dan mahukan sesuatu yang unik,” katanya. [Sumber]
Seorang petani, Zhang Wuyi membina enam buah kapal selam mini yang boleh memuatkan dua orang untuk membawa hidupan marin seperti gamat.
Wuyi yang memiliki minat mendalam dalam ciptaan saintifik telah menguji sebuah kapal selamnya di kolam buatan manusia dekat sebuah limbungan kapal di Wuhan, dalam wilayah Hubei kelmarin.
Sebuah kapal selam ciptaan petani berusia 37 tahun itu telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM48,500).
Media tempatan melaporkan kapal selam itu boleh menyelam pada kedalaman antara 20 hingga 30 meter dan berada di dalam air selama 10 jam. [Sumber]
Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan kelmarin.
Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
Assalam pada korang semua. Sebenarnya, dah lama sangat aku tak buat tutorial khusus untuk blog. Jadi, untuk kali ini, tutorial blog terbaru ini, ialah cara nak sorokkan 'kotak jerit' a.k.a shoutbox dalam blog. Hehehe.... Pada korang semua yang tak rela shoutbox blog korang dibiarkan 'terdedah', ataupun, kononnya, takut shoutbox penuh mesej SPAM, boleh la try tutorial ini.
Imej bulan penuh yang paling besar dan cerah pada tahun ini dapat dilihat kelmarin selepas ia berada dekat dengan Bumi.
Pakar-pakar berkata, bulan itu kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding pada hari biasa.
Jarak bulan dengan Bumi ketika itu ialah 357,000 kilometer.
Beberapa jurugambar agensi berita antarabangsa berjaya merakamkan gambar bulan itu di beberapa buah bandar raya utama.
Seorang penulis buku 50 Great Myths of Popular Psychology, Scott Lilienfeld dari Universiti Emory di Atlanta, Amerika Syarikat menyatakan terdapat kepercayaan tinggi bahawa kelakuan ganjil akan berlaku ketika bulan penuh. [Sumber]
Pesakit yang menderita retinitis pigmentosa (penyakit akibat kerosakan retina dan boleh menyebabkan buta) kini boleh melihat kembali dengan ciptaan baru penyelidik di Universiti Oxford.
Mikrocip mata bionik empat segi sama berukuran tiga milimeter mengandungi 1,500 pengesan cahaya yang ditanam di belakang mata itu membolehkan pengguna mengesan garis besar objek dalam masa beberapa hari.
Eksperimen tersebut dijalankan ke atas Chris James, 54, yang berjaya melihat semula dan boleh mengesan halangan di sekitar selepas buta sejak 10 tahun lalu.
“Ia agak mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan objek yang dilihat. Saya berharap tahap penglihatan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.
Profesor bidang oftalmologi dan perunding pakar bedah retina di Hospital Mata Oxford, Robert Maclaren berkata, keputusan kajian mereka menunjukkan ia melepasi jangkaan kerana pesakit mendapat penglihatan penuh mereka. [Sumber]
This Mother's Day, UNICEF is joining the people in Malaysia to pay tribute to mothers for their timeless contributions towards raising the next generation.
Despite the sacredness of motherhood, some 350,000 women and girls die from pregnancy and childbirth complications each year. In one generation, 10 million mothers are lost as a result. These deaths are preventable. In support of mothers everywhere, join #unicef4MOMS. Celebrate mothers and honour motherhood, maternal bonds and the invaluable role of mothers in caregiving and nurturing.
Bandar raya Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sememangnya terkenal sebagai tempat kediaman bagi orang kaya dan bagi memenuhi cita rasa golongan ini, sebuah hotel mewah di dasar laut bakal dibina di bandar raya itu.
Syarikat pembinaan Drydocks World telah menandatangani satu kontrak dengan syarikat Switzerland, BIG InvestConsult untuk membangunkan hotel di dasar laut di rantau itu, termasuklah projek Water Discus Hotel di Dubai, lapor news.au.com.
Rancangan pembinaan projek Water Discus Hotels itu melibatkan dua bangunan seperti kapal angkasa yang dibina di atas permukaan air dan di bawah permukaan air.
Model terbaru telefon pintar keluaran Samsung, Galaxy S3 yang dilancarkan di London, kelmarin.
Syarikat elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam melancarkan telefon pintar terbarunya, Galaxy S3 di London ketika ia berusaha melonjakkan kedudukannya sebagai pembuat telefon bimbit paling terkemuka di dunia.
Galaxy S3 mempunyai skrin seluas 12.2 sentimeter, 22 peratus lebih besar daripada produk sebelumnya, Galaxy S2 yang popular dan membantu menjadikan syarikat itu sebagai pendahulu dalam pasaran dunia bagi telefon pintar.
Walaupun skrin Galaxy S3 lebih besar, Samsung berkata, saiz telefon bimbit itu adalah sama dengan Galaxy S2.
Beberapa ciri baru yang diperkenalkan adalah kamera pintar yang menggunakan teknologi pengenalan wajah, selain peningkatan kawalan pengaktifan suara.
Pemproses Galaxy S3 yang ditingkatkan juga membolehkan pengguna menonton video dan menulis mesej pada satu masa.
''Melalui Galaxy S3, Samsung memaksimumkan faedah dengan menggabungkan perkakasan berteknologi tinggi dengan kemampuan telefon pintar yang ditingkatkan,'' kata Presiden dan Ketua Divisyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mobile Samsung, JK Shin. [Sumber]
Sejenis robot yang mampu mencuci, mengurut dan mengeringkan rambut dicipta oleh syarikat teknologi gergasi, Panasonic.
Robot yang dikhususkan untuk golongan warga emas dan orang kurang upaya itu sedang diuji di Jepun sebelum ia mula dipasarkan untuk kegunaan komersial.
Syarikat itu mendakwa, mesin berkenaan bukan sahaja menawarkan urutan kepala, malah menjanjikan satu pengalaman berbeza kepada pengguna yang biasa mengunjungi salun untuk mencuci rambut.
SEDIH...isteri Allahyarham Bob Kuman (gambar kecil) ,Norma Othman bersama sahabat, Izni Ismail tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah arwah, semalam.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak popular, Husni Mohd Rawi atau Bob Kuman meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara di sini, semalam.
Pelakon berusia 40 tahun itu meninggal dunia jam 4.38 petang akibat masalah sesak nafas. Arwah tidak sedarkan diri jam 3 petang dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, arwah kelihatan sihat ketika kunjungan wakil persatuan itu bersama Pemuda Umno memberi sumbangan di rumahnya, baru-baru ini.
► Jangan makan SUSU bersama DAGING..
► Jangan makan DAGING bersama IKAN..
► Jangan makan IKAN bersama SUSU..
► Jangan makan AYAM bersama SUSU..
► Jangan makan IKAN bersama TELUR..
► Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD..
► Jangan makan SUSU bersama CUKA..
► Jangan makan BUAH bersama SUSU contoh KOKTEL..
»» Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.