Ni apa ceritanya kat sini?

Tersekat Dalam Lubang Angin Lepas Merompak

Charles Estell
Charles Estell 

Seorang lelaki berambut palsu memecah masuk bilik kebal sebuah bank di Chicago dan nyaris melarikan AS$100,000 (RM310,000), tetapi tersekat di lubang angin yang perlu dipotong beberapa jam kemudian, kata pihak berkuasa semalam. 

Charles Estell, 38, ditemui bersembunyi di dalam lubang angin dalam sebuah pejabat bersebelahan bank itu, menurut jurucakap polis Oak Lawn, Michael Kaufmann. 

Menurut Biro Siasatan Persekutuan (FBI), lelaki itu merompak bank berkenaan tengah hari Sabtu lalu dan mengacukan pistol kepada kakitangan bank yang berdepan dengannya di dalam bilik kebal berkenaan. 

“Saya tidak mahu membunuh atau mencederakan kamu. Saya hanya mahukan wang,” katanya. 

Dia dikatakan memuatkan wang RM310,000 itu dalam beg sandang dan melarikan diri selepas itu. Kakitangan bank memberitahu pihak berkuasa dia melarikan diri melalui siling. [Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...