Tweet |
Pen emas putih bertatah 76 butir berlian berbentuk "Gherkin" (bangunan ikonik London) ciptaan Jack Row. |
Nama bekas graduan Universiti Birmingham City, Jack Row, 26, kini menjadi bualan selepas kejayaannya mencipta pen emas putih bertatah 76 butir berlian bernilai 27,000 pound (RM133,000).
Pen yang dijual di gedung membeli-belah Harrods, Britain itu dikatakan menjadi pilihan inspirasi hadiah pada sambutan Hari Bapa pada 17 Jun ini.
Beliau berkata, pen yang dianggap luar biasa itu dihasilkan menyerupai bangunan ikonik London iaitu Gherkin yang memiliki 41 tingkat.
Menurutnya yang kini bekerja di butik perhiasan terkenal Jewellery Quarter di Birmingham, penghasilan pen termahal itu bermula apabila dia membuat rekaan prototaip bangunan Gherkin ketika kelas seni binanya semasa menuntut di universiti beberapa tahun lalu.
“Agak sukar menyiapkan pen ini kerana memerlukan wang yang banyak, tetapi berbaloi apabila mendapat sambutan dari pembeli yang tahu menilai kehalusan ciptaan saya. Percaya atau tidak, saya sendiripun tidak mampu untuk membeli pen yang bernilai puluhan ribu pound ini,” katanya. [Sumber]
No comments:
Post a Comment