Ni apa ceritanya kat sini?

Wanita Idam Pengantin Paling Gemuk

TEMAN lelaki Eman, Parker Clack menyuapkan makanan, bagi membantu kekasihnya mencapai sasaran sebagai pengantin paling gemuk.
TEMAN lelaki Eman, Parker Clack menyuapkan makanan, bagi membantu 
kekasihnya mencapai sasaran sebagai pengantin paling gemuk. 

Seorang wanita di Arizona, Amerika Syarikat yang bercita-cita ingin menjadi pengantin wanita terbesar di dunia mengamalkan pengambilan diet 30,000 kalori sehari untuk memastikan berat badannya mencapai sasaran yang diinginkan iaitu 1,600 paun (725 kilogram). 

Susanne Eman dari Arizona pada masa ini sudah mempunyai berat badan 520 paun (235 kilogram) tetapi mendakwa beliau perlu menjadi lebih gemuk menjelang hari perkahwinannya. 

Wanita berusia 33 tahun itu memulakan harinya dengan mengambil sarapan pagi termasuk lempeng, waffle Belgian, hash brown, sosej, steak dan 12 biji telur goreng yang dimasak oleh teman lelakinya seorang tukang masak. 

Cabaran untuk menyiapkan baju pengantin bersaiz XXXXXXXXXL diberikan kepada tukang jahit, Judee Goff yang menganggarkan bahawa Susanne memerlukan 14 meter kain untuk menyiapkan gaun pengantin terbabit. 

Kini Judee mereka gaun pengantin terbesar di dunia bagi pelanggannya yang terbesar menggunakan kain chiffon dan renda untuk menutup bentuk badan Susanne, lapor Daily Mail. 

Susanne yang mengambil masa 10 tahun untuk mencipta nama dalam Guinness Book of Records, percaya bahawa dirinya mempunyai berat hampir 800 paun (362 kilogram) selepas setahun mengamalkan makanan segera, kek, pasta, pizza, kerepek dan snak, tetapi selepas ditimbang menggunakan alat timbangan khas obesiti. Tetapi beliau akhirnya kecewa apabila mendapati beratnya hanya 520 paun (235 kilogram) iaitu kurang 1,000 daripada sasaran beliau untuk memiliki berat 1,600 paun. 

Kini sasaran Susanne menjelang hari perkahwinannya adalah untuk menambahkan berat badan. Dalam usaha beliau menambahkan berat badannya, Susanne perlu makan sebanyak 30,000 kalori sehari, di mana semua makanannya dimasak sendiri oleh bakal suaminya. 

Wanita itu percaya bahawa sasaran beliau untuk menjadi manusia paling gemuk akan membuang stigma bahawa gemuk itu adalah buruk. 

“Ia membantu saya mencari cinta, jadi apa salahnya dengan gemuk,” katanya. [Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...