Ni apa ceritanya kat sini?

Stesen Tenaga Battersea di London, Kini Milik Firma Malaysia

"Firma Malaysia Tewaskan Chelsea" 

GAMBAR menunjukkan bangunan Stesen Tenaga Battersea di tepi Sungai Thames di London pada 3 Jun lalu.
GAMBAR menunjukkan bangunan Stesen Tenaga Battersea
di tepi Sungai Thames di London pada 3 Jun lalu. 

Kelab bola sepak Chelsea di England gagal untuk membina stadium baharu di Stesen Tenaga Battersea di tepi Sungai Thames di sini, lapor akhbar Daily Mail semalam. 

Kegagalan itu disebabkan oleh kelab tersebut yang dimiliki bilionair terkenal dari Rusia, Roman Abramovich kalah dalam bidaan untuk memiliki stesen tersebut. 

Beliau kalah kepada dua buah syarikat dari Malaysia, Sime Darby Property Bhd. dan SP Setia yang secara bersama berjaya dalam bidaan untuk memiliki stesen berkenaan. 

Abramovich mahu memiliki stesen tersebut untuk dibangunkan semula bagi menjadi stadium baharu kelab bola sepak berkenaan. 

Kelab bola sepak itu sebelum ini menimbang untuk mencari stadium baharu. 

Stadium Chelsea, Stamford Bridge hanya boleh memuatkan kira-kira 42,000 penonton. 

Kelab bola sepak Arsenal dan Manchester United memiliki stadium yang lebih besar daripada Chelsea ketika ini. 

Menurut laporan agensi berita Bernama di Kuala Lumpur, syarikat-syarikat dari Malaysia itu menyatakan ia menandatangani perjanjian eksklusif semalam dengan pentadbir dan penerima bersama bagi pihak hartanah tersebut bagi memiliki tapak stesen berkenaan pada harga £400 juta (RM1.96 bilion). 

Keluasan tapak itu ialah 15 hektar. 

Menurut agensi berita Reuters, SP Setia dan Sime Darby akan membina sebuah stesen tren bawah tanah sebagai sebahagian daripada penambahan rangkaian pengangkutan awam di sini. [Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...