Tweet |
Andre Pshenichnikov |
Seorang pendatang Yahudi dari Tajikistan, Andre Pshenichnikov, 23, menegaskan beliau mahu memutuskan semua hubungan dengan Israel dan akan memohon kerakyatan Palestin, satu insiden dianggap luar biasa dan amat jarang berlaku.
Pshenichnikov, ditahan pihak berkuasa Tel Aviv baru-baru ini, selepas tinggal secara haram di Kem Pelarian Palestin Deheishe dekat Baitulaham dan berhasrat melepaskan kerakyatannya sebagai warga Israel.
Beliau kini bercuti dua bulan di Eropah dan berharap dapat berpindah ke Tebing Barat apabila pulang nanti.
Insiden membabitkan warga Israel yang memohon untuk tinggal di bawah pentadbiran Palestin amat jarang berlaku.
Insiden membabitkan warga Israel yang memohon untuk tinggal di bawah pentadbiran Palestin amat jarang berlaku.
Setakat ini hanya beberapa orang berbuat demikian kerana mereka berkahwin dengan warga Palestin dan wartawan akhbar Israel, Haaretz yang berpindah ke Ramallah dan membuat laporan dari sana.
Tiada rakyat tempatan Israel pernah melepaskan kewarganegaraan mereka walaupun sebilangan yang tinggal di luar negara ada berbuat demikian.
Setakat ini tidak pernah ada rakyat Israel memohon menjadi warga Palestin kerana mereka tidak dibenarkan memiliki dua kewarganegaraan.
Ibu Pshenichnikov, Svetlana, yang dihubungi di rumahnya di Israel berkata, beliau runsing apabila memikirkan rancangan anaknya.
“Saya ibunya dan saya cuba menyokong Pshenichnikov seperti juga ibu lain, tetapi saya tidak menyokong hasratnya,” katanya.
Svetlana dan keluarganya berpindah ke Israel ketika Pshenichnikov berusia 13 tahun dan diberi kerakyatan Israel secara automatik kerana mereka orang Yahudi.
Pshenichnikov menamatkan program kerahan tentera selama tiga tahun, dilantik sebagai perancang komputer dan pernah berkhidmat selama satu setengah tahun sebagai askar.
Bagaimanapun, ketika manjadi tentera, Pshenichnikov mula mempersoalkan tindakan Israel ke atas penduduk Palestin dan sejak itu menolak sepenuhnya dasar negara Yahudi itu.
Selepas perkhidmatannya tamat, beliau berpindah ke Kem Pelarian Deheishe April lalu, sebelum bekerja sebagai pelayan dan pekerja binaan di Deheishe.
“Saya membenci Zionisme. Saya mahu menjadi sebahagian daripada pertahanan Palestin. Saya menyeru rakyat Israel agar menyokong kewujudan negara Palestin agar tinggal di Tebing Barat atau Gaza, sebagai rakyat Palestin,” katanya. [Sumber]
No comments:
Post a Comment