Ni apa ceritanya kat sini?

Hosni Mubarak Dipenjara Seumur Hidup

Hosni Mubarak ketika mendengar keputusan mahkamah di Kaherah.
Hosni Mubarak ketika mendengar keputusan mahkamah di Kaherah. 

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan berkaitan pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada penggulingan beliau awal tahun lalu. 

Dua anak lelaki Hosni, Gamal dan Alaa, yang berhadapan dengan tuduhan rasuah juga hadir di mahkamah. Tuduhan ke atas mereka digugurkan. Beberapa pembantu Hosni juga dibebaskan. 

Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adly, yang turut dikenakan tuduhan membunuh penunjuk perasaan, dikenakan hukuman penjara seumur hidup. 

Pada Mei lalu, Habib didapati bersalah  atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, di mana ia membawa hukuman penjara 12 bulan. 

Bekas presiden berusia 84 tahun itu disabitkan kesalahan selepas melalui perbicaraan selama 10 bulan di sebuah mahkamah khas. 

Hosni merupakan bekas pemimpin pertama dibicarakan sejak Kebangkitan Arab awal tahun lalu. 

Beliau didapati bersalah mengarahkan pihak tentera melepaskan tembakan ke atas para penunjuk perasaan. 

Seramai 840 orang maut manakala lebih 6,000 orang cedera ketika kebangkitan rakyat, demikian menurut Amnesty International. 


INTIPATI KEPUTUSAN MAHKAMAH 

- Hosni Mubarak: Bersalah atas tuduhan bersubahat membunuh penunjuk perasaan dan dihukum seumur hidup; tidak salah tuduhan rasuah 

- Dua anak lelaki Hosni Mubarak: iaitu Alaa dan Gamal: Tidak bersalah atas tuduhan rasuah 

- Bekas Menteri Dalam Negeri Habib al-Adly: Bersalah atas tuduhan konspirasi membunuh penunjuk perasaan dan dihukum seumur hidup 

- Empat pembantu Habib: Tidak bersalah  atas tuduhan subahat, menghasut dan menyediakan bantuan dalam melakukan pembunuhan dan cuba membunuh penunjuk perasaan 

- Ahli perniagaan Hussein Salem: Tidak bersalah tuduhan rasuah 


Hakim Ahmed Refaat terpaksa menangguhkan prosiding ekoran jeritan dan pergelutan tercetus dalam mahkamah selepas keputusan dibacakan. 

Laporan menyebut ada kedengaran laungan "hukuman mati satu-satunya penyelesaian" dan "dia (Hosni) yang membunuh harus mati". 

Insiden itu, yang disebabkan rasa tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan, memaksa hakim dan Hosni dibawa keluar dari bilik mahkamah khas yang dibentuk di Akademi Polis Kaherah. 

Hosni memerintah Mesir selama 30 tahun sebelum digulingkan pada Februari 2011. [Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...