Tweet |
Sahabat-sahabat pernah lihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta?
Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.
Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Surah Ta Ha : 123)
Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).
"Kesimpulannya: janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T."
--Tolong sebarkan pesanan ini.--
pernah la nmpak ada keta pasang anak patung kat bwh keta..rupa2nya sbb ni eh..ish2..kurafat btoi laa..-,-
ReplyDelete@single is better betul tu. memang kurafat sungguh! tapi, itu la masalahnya, orang kita ni, mudah sangat tiru budaya orang tanpa usul periksa... :(
ReplyDeletetak pernah lagi tengok orang letak patung bawah kete... aneh la letak kat situ~
ReplyDelete@TK ye ke? sian... siapa tahu lepas ni, awak berpeluang melihatnya di depan mata awak sendiri. hehe
ReplyDelete