Ni apa ceritanya kat sini?

Video Rayuan Buat Paul McCartney, Minta Bantuan Selamatkan Muzium Beatlemania Di Hamburg

MUZIUM Beatlemania yang pernah menjadi lokasi Beatles membuat persembahan pada 1960-an.
MUZIUM Beatlemania yang pernah menjadi lokasi
Beatles membuat persembahan pada 1960-an. 

Kakitangan Muzium Beatlemania membuat rayuan peribadi kepada seorang daripada anggota kumpulan popular era 1960-an dan 1970-an itu, Paul McCartney, supaya bertindak segera menyelamatkan premis berkenaan daripada ditutup. 

Dalam rakaman selama enam minit yang dimuat naik di YouTube, mereka menggesa McCartney memberikan bantuan kewangan segera. 

Terletak di kawasan pelacuran di Hamburg, Muzium Beatlemania itu ditempatkan dalam bangunan lima tingkat tetapi kini ia berdepan dengan krisis dana. 

Kumpulan Beatles sering membuat persembahan di beberapa kelab di Hamburg antara 1960 dan 1962. 

Antara lokasi utama persembahan kumpulan itu ialah Star-Club, Kaiserkeller, Top Ten dan Indra. 

John Lennon dilaporkan pernah berkata, walaupun dilahirkan di Liverpool, dia menganggap dibesarkan di Hamburg. 

Muzium itu gagal menarik pelawat mencukupi bagi menampung kos operasinya sejak dibuka tiga tahun lalu. 

Seorang daripada kakitangan muzium itu - dikenali sebagai Sarah, berkata dia meminati Beatles dan sayang kepada muzium berkenaan. 

PELBAGAI barang dipamerkan gagal menarik kedatangan pelawat mencukupi sejak tiga tahun lalu.
PELBAGAI barang dipamerkan gagal menarik
kedatangan pelawat mencukupi sejak tiga tahun lalu.
“Saya tak pernah bercadang bekerja di tempat lain. 

“Amat malu jika muzium ini ditutup,” katanya. 

Rakannya, Sabrina, berkata Hamburg tidak lagi sama seperti sepatutnya jika Beatlemania tiada. Seorang pemandu pelancong pula merayu McCartney menghargai segala kenangannya bersama Beatles di Hamburg. 

“Justeru, jika anda berasa mampu membantu atau tahu seseorang yang boleh membantu kami meneruskan muzium ini, tolong hubungi kami,” katanya. 

Sementara itu, dalam mesej kepada penonton, mereka berkata, inisiatif berkenaan tidak didorong pemilik atau pengurusan muzium. 

Sebaliknya, kata mereka, ia adalah mesej peribadi untuk melihat kewujudan muzium ini berterusan. 

“Tolong kongsi video ini sebanyak mungkin dengan harapan ia diketahui McCartney,” kata mereka. 

Muzium itu menyimpan lebih 1,000 barangan berkaitan Beatles dan menarik kira-kira 150,000 pelawat sejak pembukaannya. 

Bagaimanapun, muzium itu mendakwa tidak mendapat sokongan mencukupi daripada kerajaan tempatan Hamburg. [Sumber


Video "DEAR PAUL" dari kakitangan muzium Beatlemania 


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...