Ni apa ceritanya kat sini?

Petua Untuk Merawat Kencing Tak Lawas

1 comment:

Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tanda-tanda awal ada penyakit batu karang, ambil beberapa biji LOBAK PUTIH dan BATANG KANGKUNG dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu karang yang belum serius. 

[Sumber dari Facebook

6 Khasiat Sayur Bayam

2 comments:

1. MEMBINA TULANG YANG KUAT 
Pengambilan sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoporosis. Sumber vitamin K yang terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum. 

2. MEMBINA SALUR DARAH YANG BAIK 
Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. 

[Info] Bahaya Membunuh Lipas

8 comments:

Bila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya. 

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru. 

[JOM UNDI] Filem, Hero dan Heroin Terbaik untuk Anugerah Blokbuster!

No comments:
Klik banner ini untuk maklumat lanjut.

Undilah untuk pelakon-pelakon tersayang anda, serta filem terhebat untuk Anugerah Blokbuster Astro ! Tarikh Akhir: 15 Jun 2013. (Klik banner di atas, atau di SINI untuk maklumat lanjut.)

Banduan penjara muat naik gambar ke Facebook

No comments:
Mawin memuat naik fotonya dengan kaki bergari di laman sosial.
Mawin memuat naik fotonya dengan kaki bergari di laman sosial. 

Bangkok: Seorang banduan penjara Phitsanulok yang memuat naik fotonya yang bergari di Facebook melalui telefon bimbit prosedur yang dilarang untuk tahanan akan dihukum bersama mereka yang membekalkan peralatan itu, kata Ketua Jabatan Salah Laku, Suchart Wong-anantachai. 

Berikutan penjara Phitsanulok belum diisytihar sebagai ‘penjara putih’ bermaksud bebas daripada dadah dan bahan larangan lain tahanan di situ masih ada cara untuk mengakses Internet. 

[Ngeri] Tempuling tertusuk ke mata sendiri

No comments:

Anda perlu cukup bebal untuk menembak tempuling sepanjang 30 sentimeter ke mata sendiri, tetapi anda pasti amat bertuah kerana masih hidup untuk menceritakan sendiri detik itu kepada orang lain. 

Itulah yang dilalui Bruno Coutinho. 

Dia sedang membersihkan alat itu yang sering digunakannya untuk menangkap ikan. 

Perbezaan ikan keli halal dan haram

No comments:

Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah. 

Pencuri berbasikal sasar telefon bimbit

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

London: Peningkatan dalam kes kejadian meragut kebanyakannya membabitkan pencuri berbasikal yang menyasarkan telefon bimbit mewah. 

Jumlah kejadian itu di jalan raya semakin meningkat, menurut angka rasmi dan tahun lalu, hampir 300 orang menjadi mangsa sehari. 

Samsung Galaxy S4 dah berada dipasaran sekarang !

No comments:
Klik banner ini untuk maklumat lanjut.

Nak tahu apa ciri-ciri menarik Samsung Galaxy S4 ini, klik la kat SINI. :) 

Untuk korang yang suka dengar muzik sahaja

No comments:
Info lanjut? Klik banner ini. :)

Terlalu sibuk untuk mendownload lagu? Cuba la #DGDeezer dan stream muzik di mana-mana sahaja, tak kira masa. Info lanjut, klik SINI

Tayang gambar barang curi kat Facebook

No comments:
MURPHY menggigit wang berjumlah ratusan paun yang dikepitkan dengan dua roti.
MURPHY menggigit wang berjumlah ratusan paun yang dikepitkan
dengan dua roti. 

London: Sekumpulan pencuri yang melarikan beberapa kereta mewah dan berprestasi tinggi daripada sebahagian penduduk paling kaya di bandar raya ini ditangkap selepas memuatnaikkan gambar dalam Facebook. 

Ia termasuk gambar yang menunjukkan seorang anggotanya memakan sandwic ‘wang.’ Menurut sumber polis, lapan lelaki itu mencuri sembilan kereta, termasuk BMW, Range Rover, Porsche dan sebuah Mercedes berharga RM500,000 di samping barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dalam 15 rompakan berasingan. 

Wanita Austria obses perabot lama

No comments:
Preschern-Hauptmann bergambar berlatarbelakangkan koleksi kerusi miliknya di Vienna.
Preschern-Hauptmann bergambar berlatarbelakangkan koleksi
kerusi miliknya di Vienna.  

VIENNA - Seorang wanita Austria yang obses dengan kerusi mengumpul pelbagai perabot terpakai di dalam apartmen miliknya. 

Maria Preschern-Hauptmann memperoleh kebanyakan perabot lama itu daripada rakan-rakannya. 

Kaki judi tolong polis tangkap pemandu teksi curi barang penumpang

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Seorang pemandu teksi yang didakwa mencuri daripada lebih puluhan penumpang selepas meminta bantuan mereka akhirnya ditahan selepas dibantu kaki judi. 

Polis berkata, taktik pemandu teksi itu ialah berpura-pura kehabisan petrol dan meminta penumpang membantunya menolak teksi itu ke tepi jalan. Apabila mereka keluar untuk membantu, suspek akan memecut kenderaan dengan barangan milik mereka. 

Sisha sama bahaya dengan rokok

No comments:

Tabiat menghisap sisha boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan serius sama seperti merokok, sekali gus menolak dakwaan bahawa sisha adalah alternatif yang baik kepada perokok tegar untuk meninggalkan tabiat mereka. 

Satu kajian oleh penyelidik di Universiti California San Francisco mendapati, penghisap sisha sebenarnya terdedah kepada bahan-bahan kimia lain yang boleh mendatangkan risiko kesihatan termasuk penyakit leukemia dan kanser paru-paru. 

Wordless Wednesday : Gwiyomi Dance Guide

No comments:

Kecoh satu airport, gara-gara pemetik api berbentuk seperti bom tangan

No comments:
GAMBAR menunjukkan pemetik api yang kelihatan seperti bom tangan.
GAMBAR menunjukkan pemetik api yang kelihatan seperti bom tangan. 

Sebuah pemetik api yang berbentuk seperti bom tangan yang dibawa oleh seorang penumpang telah mencetuskan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di Florida, pada 18 April lalu. 

Spesifikasi BlackBerry Z10

No comments:
Nak beli Blackberry Z10 ?? Klik gambar ini. :)

(Nak beli BlackBerry Z10 macam gambar kat atas tu ke? Nak? Kalau nak, klik SINI, atau gambar di atas tu. :)) 

Sunnah Menyimpan Janggut & Kelebihan Menyimpan Janggut :)

No comments:

Sunnah Menyimpan Janggut & Kelebihan Menyimpan Janggut :) 

✔ Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita. 

✔ Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat. 

Semut tahu bila gempa bumi akan berlaku

No comments:

Ubah rutin harian apabila kesan gegaran akan berlaku 

Semut tahu bila gempa bumi akan berlaku dan mengubah kegiatan sebelum gegaran berlaku. 

Penyelidik berkata, semut hanya kembali melakukan rutin seperti biasa sehari selepas gempa berlaku. 

Cincin magnetik penawar penyakit pedih ulu hati

No comments:
Cincin manik titanium dengan kuasa magnet yang fleksibel ini didakwa mampu merawat pedih hulu hati.
Cincin manik titanium dengan kuasa magnet yang fleksibel ini
didakwa mampu merawat pedih hulu hati. 

Sebuah cincin kecil magnetik yang ditanam di dasar tekak didakwa mampu merawat penyakit pedih hulu hati kronik. 

Ahli gastroenterologi di Universiti Perubatan South Carolina, Dr Donald Castell berkata, magnet pada gelang itu mampu memberi tekanan yang boleh membantu menghalang pengeluaran gas dari perut. 

Pengacara televisyen Nepal cipta rekod dunia

No comments:
LAMICHHANE (kanan) menerima sijil daripada seorang pegawai Guinness World Records di Kathmandu semalam.
LAMICHHANE (kanan) menerima sijil daripada seorang pegawai
Guinness World Records di Kathmandu semalam.  

Seorang pengacara Nepal telah mencipta rekod mengendalikan program bual bicara televisyan yang paling lama di dunia, kata pihak penganjur semalam. 

Pengacara itu, Rabi Lamichhane yang berusia 36 tahun mengendalikan program tersebut selama 62 jam dan 12 minit. 

Dia yang bekerja di Amerika Syarikat telah kembali ke Kathmandu untuk mengendalikan program televisyen itu, Lord Buddha Was Born in Nepal

Psy perkenal tarian pinggul dalam video muzik Gentleman (video)

No comments:
Psy

Bintang rap Korea Selatan, Psy kelmarin mendedahkan tarian goyang pinggul dalam video muzik terbaharunya yang berjudul Gentleman di laman YouTube. 

Psy juga menyanyi dan melakukan gerakan tarian tersebut semasa dia membuat persembahan yang disaksikan 50,000 orang di sebuah stadium di Seoul, kelmarin. 

Video muzik penyanyi berusia 35 tahun itu kini mencatatkan lebih 13 juta tontonan selepas dimuat naik sejurus konsert Psy bermula di stadium tersebut. 

Spesis katak kaca boleh hilang diri dengan mudah

No comments:
Katak Kaca Fleischmann (Fleischmann's Glass Frog)
Katak Kaca Fleischmann (Fleischmann's Glass Frog) 

Kebolehan ‘katak kaca’ yang ditemui di Colombia ini membolehkan ia ‘menghilangkan diri’ dengan lebih mudah apabila keadaan memerlukan. 

Dengan sifat fizikalnya yang sebegitu, katak berkenaan seolah-olah menukar warna badannya setiap kali ia bergerak. 

Besi mayat dibakar boleh kitar semula?

No comments:
BESI-BESI yang diperoleh daripada proses pembakaran mayat akan dijual untuk dikitar semula dan hasilnya disalurkan kepada tabung-tabung kebajikan.
BESI-BESI yang diperoleh daripada proses pembakaran mayat akan dijual untuk
dikitar semula dan hasilnya disalurkan kepada tabung-tabung kebajikan. 

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa besi yang diperoleh daripada mayat selepas melalui upacara pembakaran, boleh dikitar semula untuk dijadikan papan tanda dan digunakan pada kenderaan atau pesawat. 

Pemilik syarikat OrthoMetals, Ruud Verberne berkata, industri kitar semula besi yang diperoleh selepas proses pembakaran mayat selesai, semakin berkembang di Britain dan negara-negara Eropah. 

Katanya, separuh daripada 260 tempat pembakaran mayat di Britain, telah menandatangani skim mengitar semula itu dengan syarikat Belanda tersebut. 

Curi barang pakai chopstick jer ?

6 comments:
Hongbo menggunakan penyepit untuk mencuri.
Hongbo menggunakan penyepit untuk mencuri. 

Seorang pencopet menunjukkan kreativitinya yang tersendiri menggunakan penyepit untuk mencuri menyerah diri kepada polis. 

Wang Hongbo, 32, dirakam kamera mengambil telefon bimbit daripada poket seorang wanita yang berbasikal di kota Zhengzhou, wilayah Henan, China. 

Seorang saksi mengambil gambar Wang berlari di belakang wanita itu sebelum mengambil telefon bimbit itu dengan penyepit. 

Bintang realiti TV mahu patenkan ayat yang diucapkannya sendiri

No comments:
Nabilla Benattia
Nabilla Benattia 

Seorang bintang realiti televisyen Perancis, Nabilla Benattia mahu mempatenkan ayat yang diucapkannya kepada rakan pesertanya. 

Ayat itu mahu dipatenkannya selepas ia menjadi popular setelah dia menuturkannya kepada seorang peserta yang tidak membawa syampu. 

YouTube bakal siar persembahan Psy secara 'live'

No comments:

Laman rangkaian sosial, YouTube akan menyiarkan persembahan penyanyi rap Korea Selatan, Psy menerusi lagu baharunya, Gentleman secara langsung. 

Psy yang mencetuskan fenomena dengan lagu Oppa Gangnam Style pada tahun lalu akan membuat persembahan di Stadium Seoul, Korea Selatan pada hari ini. 

Polis Dubai guna kereta Lamborghini Aventador

No comments:
Polis Dubai semalam menyiarkan gambar sebuah kereta sport Lamborghini Aventador yang digunakan untuk rondaan dan mencegah jenayah.
Polis Dubai semalam menyiarkan gambar sebuah kereta sport
Lamborghini Aventador yang digunakan untuk rondaan dan
mencegah jenayah. 

Polis Dubai di Emiriah Arab Bersatu menggunakan sebuah kereta Lamborghini Aventador yang berharga hampir AS$550,000 (RM1.66 juta), lapor agensi berita AP semalam. 

Kereta sport buatan Itali itu yang boleh mencecah kelajuan sehingga 349 kilometer sejam dicat dengan warna hijau dan putih. 

Pengaruh hashtag, retweet dan topik trending dalam media sosial

No comments:
TWITTER antara medium terbaik menyebarkan maklumat.
TWITTER antara medium terbaik menyebarkan maklumat. 

JADUAL kerja Siti Azlyana Azmi bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Kadangkala, atas tuntutan kerja, dia pulang lewat sehingga mencecah pukul 9 malam. 

Begitupun, tugasnya agak unik iaitu eksekutif media sosial yang memerlukan dia sentiasa memegang gajet sama ada tablet atau telefon pintar bagi mengemas kini maklumat. 

Wanita berusia 24 tahun itu bertugas dengan syarikat Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3. 

[MENANG] Pengalaman Memandu Secara Ekstrem di Afrika Selatan!

No comments:
Klik banner ini untuk maklumat lanjut.

Menangi hadiah EKSTREM dari Shell Helix. Dapatkan produk Shell Helix atau main permainan Facebook! [ klik SINI untuk maklumat lanjut! ] 

Wordless Wednesday : Kuala Lumpur skyline in a plate of Nasi Lemak

No comments:

Wordless Wednesday : Truth Behind Politics

No comments:

Warga emas temui nanas kembar lima

No comments:
Ismail menunjukkan tanaman nanasnya yang agak pelik dari pokok nanas biasa.
Ismail menunjukkan tanaman nanasnya yang agak pelik dari pokok
nanas biasa. 

BACHOK – Seorang warga emas berusia 75 tahun terkejut apabila mendapati salah satu daripada tanaman nanasnya berbuah agak pelik dari yang lain. 

Ismail Ibrahim berkata, dia menyedari keadaan aneh itu ketika awal pertumbuhannya dan kini pokok nanas itu berusia dua bulan. 

Wordless Wednesday : English vs Kelate

No comments:

Margaret Thatcher meninggal dunia

No comments:
Margaret Thatcher
Margaret Thatcher 

Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher meninggal dunia pada usia 87 tahun semalam selepas beliau diserang strok, kata seorang jurucakapnya, Tomoty Bell. 

Bell berkata, dua anak Thatcher, Mark dan Carol mengumumkan kematian ibu mereka itu yang meninggal dunia pada waktu pagi. 

Perdana Menteri Britain, David Cameron memendekkan lawatannya ke Sepanyol ekoran kematian Thatcher. 

Natalia Project - Gelang pintar anticulik

No comments:
Gelang Projek Natalia mendapat namanya menerusi kes pembunuhan aktivis Natalia Estemirova di utara Caucasus dalam 2009.
Gelang Projek Natalia mendapat namanya menerusi kes pembunuhan
aktivis Natalia Estemirova di utara Caucasus dalam 2009. 

IBU bapa dan rakyat dunia mungkin akan dapat mengurangkan sedikit tahap kerisauan mereka membabitkan isu jenayah culik global dengan adanya seutas gelang berteknologi tinggi baru yang menggunakan sistem Facebook dan Twitter sebagai amaran penculikan. 

Dipetik MailOnline, gelang yang bernama Projek Natalia itu dipasang dengan peranti berteknologi pemandu arah satelit dan berhubung dengan media sosial untuk membolehkannya menyalurkan maklumat serangan hanya dalam satu saat. 

Pakaian dalam wanita anti rogol

No comments:
Baju anti rogol direka khas oleh tiga pelajar kejuruteraan India mampu menyalurkan 3,800 kV kuasa elektrik kepada penyerang.
Baju anti rogol direka khas oleh tiga pelajar kejuruteraan India
mampu menyalurkan 3,800 kV kuasa elektrik kepada penyerang. 

SERAMAI tiga pelajar kejuruteraan India mengaplikasikan kemahiran mereka dengan mencipta set pakaian dalam wanita anti rogol yang mampu mengeluarkan kuasa elektrik sebanyak 3,800 kilovolt (kV) terhadap si penyerang. 

Dipetik Daily Mail, set pakaian dalam berkenaan akan melumpuhkan penyerang sebelum menghantar satu pesanan teks automatik kepada polis atau ahli keluarga mangsa mengenai lokasi serangan. 

Bandar purba zaman Nabi Ibrahim ditemui

No comments:
DUA orang pekerja menggali di lokasi bekas sebuah kompleks pentadbiran zaman Nabi Ibrahim di Tell Khaiber pada 31 Mac lalu.
DUA orang pekerja menggali di lokasi bekas sebuah kompleks pentadbiran zaman
Nabi Ibrahim di Tell Khaiber pada 31 Mac lalu. 

Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim. 

Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun. 

Bila lelaki taksub jadi ikan duyung...

No comments:
PELBAGAI gaya Ducharme sebagai ikan duyung.
PELBAGAI gaya Ducharme sebagai ikan duyung. 

Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk ‘menukar’ dirinya menjadi makhluk mitos itu. 

Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. 

Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung ‘ekor’ khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam. 

Wordless Wednesday : Nikmat Terakhir Hidup Kita

No comments:

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...