Ni apa ceritanya kat sini?

Wanita ketagih makan bulu kucing

No comments:
LISA menjilat haiwan peliharaannya.
LISA menjilat haiwan peliharaannya. 

Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh. 

Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari. 

Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu. 

Wordless Wednesday : Ikan Halimunan

No comments:

Kereta sport Arab pertama dipamer di Doha

No comments:
Bahagian depan kereta sport W Motors Lykan Hypersport.
Bahagian depan kereta sport W Motors Lykan Hypersport. 

Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di Doha, kelmarin. 

Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta). 

12 kereta Lamborghini Aventador diuji di landasan airport Miami

1 comment:
SEBUAH kereta Lamborghini Aventador dipandu di sebuah landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di Florida kelmarin.
SEBUAH kereta Lamborghini Aventador dipandu di sebuah landasan
Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di Florida kelmarin. 

Sebanyak 12 buah kereta sport Lamborghini Aventador LP 700-4 Roadster dipandu laju di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami di Miami, Florida, kelmarin. 

Beberapa pegawai lapangan terbang itu menyatakan, kereta tersebut mencatatkan kelajuan 330 kilometer sejam semasa dipandu di landasan tersebut. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stephan Winkelmann turut memandu salah sebuah kereta itu. 

Pertunjukan itu diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 syarikat kereta tersebut. [Sumber

Wordless Wednesday : Earthquake Detection Kit

No comments:

Ayam miliki 10 jari kaki

1 comment:
Ayam miliki 10 jari kaki.
Ayam miliki 10 jari kaki. 

Pelik dan unik. Itulah yang dapat digambarkan kepada seekor ayam berusia sebulan yang mempunyai 10 jari kaki. 

Pemilik ayam tersebut, Maimon Mohd Zain, 45, berkata, pada awalnya, dia tidak sedar terdapat keganjilan pada kaki ayam betina itu. 

“Namun, akibat sering membelai ayam berkenaan, barulah saya perasan ia memiliki lebih dari empat jari pada kedua-dua kakinya. 

Wanita temui beg tangan selepas tujuh tahun dicuri

No comments:
Parveen Ashraf bersama beg tangannya yang hilang 7 tahun lalu.
Parveen Ashraf bersama beg tangannya yang hilang
7 tahun lalu. 
Seorang wanita terkejut selepas menemui semula beg tangan yang hilang tujuh tahun lalu berserta wang tunai £250 (RM1,200) di dalamnya. 

Parveen Ashraf, 47, berkata, beg tangan itu dicuri ketika rumahnya di Peterborough, Britain dipecah masuk pada 2006. 

“Seorang individu menemui beg itu kira-kira 300 kilometer dari rumah saya,” katanya. 

Menurutnya, pencuri itu dikatakan 'kurang cerdik' kerana gagal menemui wang dan beberapa cek tunai di dalamnya. 

“Semua barangan peribadi dan wang tunai tidak diambil,” katanya. [Sumber

Pertandingan robot menari di Jepun

No comments:
SEJUMLAH orang menyaksikan beberapa robot yang menari.
SEJUMLAH orang menyaksikan beberapa robot yang menari. 

Satu pertandingan robot menari diadakan di Yokohama, Jepun, semalam. 

Sebanyak enam kategori dipertandingkan termasuk acara persembahan bebas. 

Para pemilik robot itu merebut Piala Atlet Robot pada pertandingan berkenaan. [Sumber

Irwansyah, isteri antara 4 artis ditangkap pesta dadah

4 comments:
Irwansyah dan Zaskia Sungkar.
Irwansyah dan Zaskia Sungkar. 

Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad. 

Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai. 

Kisah Mikel Ruffinelli, pemilik pinggul terbesar di dunia

1 comment:
Mikel Ruffinelli
Mikel Ruffinelli 

Sukar lepasi pintu 

Wanita Mexico yang mempunyai pinggul terbesar di dunia perlu dua tempat duduk dalam pesawat 

Los Angeles: Mikel Ruffinelli tidak segan mempamerkan pinggulnya, yang terbesar di dunia dengan ukur lilit lebih 244 sentimeter (cm). 

Dengan keadaan sedemikian, ibu empat anak itu terpaksa bergelut untuk memasuki pintu dan memerlukan dua tempat duduk ketika menaiki pesawat. 

Mikel, 39, yang seberat 190 kilogram (kg) terpaksa memandu trak kerana tidak muat untuk masuk ke dalam kereta. Dia juga memerlukan sebuah kerusi yang kuat untuk duduk dan berehat di dalam rumah. 

Filem kisah hidup Steve Jobs ditayangkan

No comments:
ASHTON Kutcher memegang watak sebagai pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs dalam filem bertajuk jOBS yang diarah oleh Joshua Michael Stern.
ASHTON Kutcher memegang watak sebagai pengasas bersama syarikat Apple,
Steve Jobs dalam filem bertajuk jOBS yang diarah oleh Joshua Michael Stern.  

Filem pertama mengenai pengasas bersama syarikat teknologi Apple, Steve Jobs ditayangkan kelmarin selepas hanya 15 bulan mendiang meninggal dunia. 

Filem bertajuk jOBS dilakonkan oleh pelakon terkenal, Ashton Kutcher itu ditayangkan di Festival Filem Sundance dan bakal menemui peminat di panggung wayang mulai April depan. 

Gempar!! Asteroid akan mendekati bumi pada Februari 2013 !! (video)

No comments:
Lakaran asteroid yang bakal merentasi bumi.
Lakaran asteroid yang bakal merentasi bumi. 

Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini. 

Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012 DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini. 

Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km. 

Kura-kura hilang dalam rumah, selepas 30 tahun akhirnya ditemui semula

No comments:
KELUARGA Almeida menunjukkan Manuela yang ditemui selamat selepas terperangkap dalam bilik rumah mereka selama 30 tahun.
KELUARGA Almeida menunjukkan Manuela yang ditemui selamat
selepas terperangkap dalam bilik rumah mereka selama 30 tahun. 

Sebuah keluarga yang kehilangan kura-kura kesayangan tidak menyangka dapat bertemu haiwan peliharaan mereka 30 tahun kemudian, lapor media semalam. 

Kura-kura bernama Manuela itu gagal dikesan pemiliknya pada 1982 walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya. 

Keluarga Almeida kemudian menganggap Manuela melarikan diri ketika pekerja pembinaan mengubah suai rumah mereka. 

21,000 pisau untuk wanita di negeri India

No comments:
SEORANG wanita memegang sebilah pisau yang diberikan oleh kakitangan parti Shiv Sena di Mumbai kelmarin.
SEORANG wanita memegang sebilah pisau yang diberikan oleh
kakitangan parti Shiv Sena di Mumbai kelmarin. 

MUMBAI – Sebuah parti politik berhaluan kanan India mengedarkan beribu-ribu bilah pisau kepada golongan wanita di sebuah negeri di barat India untuk digunakan mereka jika diserang. 

Pisau-pisau itu diberikan selepas seorang pelajar wanita yang berusia 23 tahun mati akibat dirogol oleh beberapa lelaki pada Disember tahun lalu. 

Parti Shiv Sena itu mengedarkan senjata tersebut pada Rabu lalu pada sebuah majlis yang diadakan di sini. 

Pemimpin parti itu, Ajay Chowdhary berkata, wanita harus menyimpan pisau tersebut dekat dompet mereka. 

Sejumlah 21,000 bilah pisau itu diedarkan manakala negeri Maharashtra yang kerap berlaku kejadian rogol dan bunuh menjadi tumpuan utama pengedaran. [Sumber

Letup gerabak kereta api untuk kajian

1 comment:
GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan sebuah gerabak diletupkan untuk tujuan kajian oleh sekumpulan penyelidik Universiti Newcastle.
GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan sebuah gerabak
diletupkan untuk tujuan kajian oleh sekumpulan penyelidik
Universiti Newcastle. 

Beberapa penyelidik di Pusat Penyelidikan Rel, Universiti Newcastle, Britain meletupkan beberapa gerabak kereta api yang tidak lagi digunakan baru-baru ini. 

Tren itu diletupkan dengan tujuan untuk menyaksikan serpihan gerabak tersebut berterbangan. 

Letupan tersebut dirakamkan menerusi kamera. 

Kumpulan penyelidikan itu pernah menyatakan mereka mereka berjaya menghasilkan gerabak yang boleh mengurangkan bilangan kematian dan kecederaan penumpang jika berlaku serangan pengganas. 

Pengurangan kecelakaan itu boleh dilakukan menerusi penggunaan tingkap plastik bagi mengelak kaca berterbangan apabila gerabak dibom pengganas. [Sumber


Tangan bionik pertama Britain

No comments:
Chris Taylor menunjukkan tangan bioniknya.
Chris Taylor menunjukkan tangan bioniknya. 

Apabila Chris Taylor kehilangan tangan akibat kemalangan jet ski empat tahun lalu, dia membayangkan kerjayanya sebagai jurutera bakal berakhir. 

Namun, kini dia mampu memanjat tangga, memegang tali, malah menyiapkan pemasangan wayar yang kompleks selepas dia diberikan tangan bionik generasi baru. 

Taylor juga boleh berbangga kerana dia menjadi manusia pertama di Britain memiliki tangan palsu unik digelar Tangan Michaelangelo yang dilengkapi jari elektronik. 

Wordless Wednesday : Salasilah Nabi dan Rasul

1 comment:

-- Nak lebih jelas, klik jer gambar kat atas tu. :) -- 

Wordless Wednesday : Err... Nak makan ker, tak hah?

No comments:

Pelik ! Dua jiran bertengkar pasal sampah (video)

2 comments:

Seorang pekerja pos terpegun dan merasa lucu melihat gelagat dua jirannya 'bergaduh' berhubung sampah yang diletakkan di hadapan rumah mereka di Granville Street, Dover, Kent. 

Kedua-dua lelaki yang tinggal berjiran bertentangan jalan itu dilihat memindahkan beg sampah dari rumah mereka dengan meletakkannya di hadapan rumah jiran mereka tanpa bercakap apa-apa. 

Wordless Wednesday : Ntah hapa-hapa ntah !

2 comments:

Echo, sang anjing yang bergaya

No comments:

"Bukan macam anjing biasa" 

Atlanta: Seekor anjing kini mencetuskan sensasi di Internet selepas tuannya memuat naik gambar haiwan itu bersama pakaian unik. 

Echo yang kini berusia tujuh tahun tidak keberatan apabila pemiliknya, Kristin Kittle, memasang pakaian yang ‘mengubah’ penampilannya berbanding anjing biasa. 

Akibat bergurau, si ibu tersepit di kerusi lipat anaknya sendiri

1 comment:
KEADAAN Curtis selepas terperangkap pada kerusi anaknya di London baru-baru ini.
KEADAAN Curtis selepas terperangkap pada kerusi anaknya di London
baru-baru ini.  

Seorang ibu terperangkap di sebuah kerusi duduk anaknya selepas bergurau dengan seorang rakan yang berkunjung ke rumahnya di London, lapor akhbar The Sun semalam. 

Ketika kejadian, Serena Curtis, 31, dilaporkan sedang meraikan majlis malam perkahwinan beliau bersama rakan wanitanya Jade Dickerson, sementara anaknya telah dihantar ke rumah pengasuh untuk dijaga. 

Hobbit pernah wujud di Pulau Flores ?

No comments:
Pakar arkeologi Indonesia, Thomas Sutikna turut mengkaji spesies Hobbit.
Pakar arkeologi Indonesia, Thomas Sutikna turut mengkaji spesies Hobbit. 

Penyelidik AS buat kajian tulang fosil Homo Floriensis  

Flores: Manusia kerdil digelar ‘Hobbit’ mungkin pernah tinggal di kepulauan ini di Indonesia, demikian menurut kajian terbaru.  

Namun, adakah itu benar? Hobbit, banyak diceritakan sebagai makhluk fiksyen dalam filem Lord of The Ring.  

Jumpa ketulan emas dalam semak

No comments:
Seorang penggali emas amatur telah menjumpai seketul emas seberat 5.5 kg yang didakwa bernilai AS$318,761 di bandar Ballarat, Australia.
Seorang penggali emas amatur telah menjumpai seketul emas seberat
5.5 kg yang didakwa bernilai AS$318,761 di bandar Ballarat, Australia. 

Seketul emas bernilai AS$318,761 (RM960,364) ditemui di satu kawasan semak di Ballarat, Australia, kelmarin, lapor akhbar The Sun semalam. 

Ketulan emas gergasi itu ditemui oleh seorang penggali yang menggunakan sebuah alat pengesan logam berteknologi tinggi. 

Video - Tidak Tenang : Hitler 2 (by Faradyable)

No comments:


Bilik lepas marah di Serbia

No comments:

Savo Duvnjak memerhatikan sekeliling bilik, mengangkat pemukul besbol dan memukul apa saja dilihatnya dari katil, meja, laci, kerusi sehingga tidak ada lagi yang tinggal untuk dimusnahkan. 

Ia bukanlah perbuatan jenayah, sebaliknya Bilik Melepaskan Kemarahan. 

“Sungguh lega,” kata Duvnjak yang berpeluh dan tercungap-cungap sambil melihat kemusnahan dilakukannya. 

Kesian wanita ini...bahu dia terseliuh 10 kali sehari

No comments:
Lauren Harry
Lauren Harry 

Menghidap sindrom Ehlers-Danlos, seorang wanita mengalami kesakitan dari semasa ke semasa pada bahunya hanya kerana pergerakan tubuh yang mudah. 

Menurut Lauren Harry, pada hari tertentu sendinya boleh terseliuh sehingga 10 kali. 

Antara lain, kata Lauren, 20, ia berlaku akibat bersin atau terhenjut di dalam kenderaan akibat brek mengejut. 

'Bilik tidur angkasawan' berbentuk seperti belon

1 comment:

LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Sebuah 'bilik tidur angkasawan' yang berbentuk seperti belon akan diuji di Stesen Angkasa Lepas Kebangsaan (ISS). 

Bilik untuk para angkasawan itu dihasilkan sebuah syarikat swasta, Bigelow Aerospace. 

Ia akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2015. 

Bilik tersebut sepanjang empat meter. 

Syarikat itu telah melabur sebanyak AS$250 juta (RM753 juta) untuk menghasilkan bilik tersebut. 

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menjalin kerjasama dengan syarikat itu untuk menghasilkan bilik tidur tersebut. [Sumber

Video : Bila Avengers Lapar 2 (by Faradyable)

No comments:


Video : Tribute to Jackie Chan (by Faradyable)

No comments:


Wanita ditanduk badak selepas bergambar

No comments:
BEYER (kanan) dan suaminya bergambar di depan dua ekor badak sumbu di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat Johannesburg baru-baru ini.
BEYER (kanan) dan suaminya bergambar di depan dua ekor badak sumbu
di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat Johannesburg baru-baru ini. 

JOHANNESBURG - Seorang wanita, Chantal Beyer ditanduk seekor badak sumbu selepas dia bergambar dengan suaminya, Sven Fouche di depan dua ekor haiwan itu baru-baru ini di Taman Semula Jadi Aloe Ridge dekat sini. 

Sebelum gambar itu dirakamkan, seorang pemandu pelancong mengarahkan mereka berdiri di depan haiwan berkenaan. 

Beyer yang berusia 24 tahun ditanduk dari arah belakang menyebabkan tulang rusuk dan parunya patah. 

Dia kini dirawat di sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. [Sumber

Wordless Wednesday : Apa Guna...

1 comment:

Tips nak buat roommate (rakan sebilik) anda jadi gila

No comments:
Gambar hiasan.
Gambar hiasan. 

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time... 

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde orang kat rumah. Unpack segala barang anda & pegi tidur. 

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati "horee...kau dah balik". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia "Sepatutnya kau dah belah dah sekarang". 

Wordless Wednesday : Jenis-jenis Sakit Kepala

No comments:

Aktivis haiwan selamatkan lebih 1,000 ekor kucing

No comments:
BEBERAPA aktivis haiwan mengangkat kurungan kayu yang mengandungi kucing di sebatang jalan raya di Changsa kelmarin.
BEBERAPA aktivis haiwan mengangkat kurungan kayu yang
mengandungi kucing di sebatang jalan raya di Changsa kelmarin. 

CHANGSA, China - Sebuah trak yang membawa lebih 1,000 ekor kucing terlibat dalam nahas di sebatang jalan raya di sini kelmarin. 

Kucing itu yang diletakkan dalam sejumlah kurungan kayu akan dijual di restoran-restoran di Guangdong untuk dijadikan makanan. 

Wordless Wednesday : Lawak Nama Jepun

No comments:
Lawak Nama Jepun

Karavan dalam hotel

No comments:
Huttenpalast (Istana Pondok) di Berlin, Jerman.
Huttenpalast (Istana Pondok) di Berlin, Jerman. 

Jika dulu peminat aktiviti perkhemahan banyak bergantung kepada cuaca, pembukaan taman karavan tertutup pertama di dunia kini memberi lebih banyak kemudahan untuk sesiapa yang berminat. 

Pengalaman dalam hotel unik itu boleh dirasai sendiri di Berlin, apabila pelbagai jenis karavan klasik serta pondok kayu ditawarkan untuk pelanggan, termasuk di kalangan mereka yang cerewet. 

Lubang besar di sawah padi

No comments:
LUBANG besar yang terbentuk di sawah padi di China pada Sabtu lepas.
LUBANG besar yang terbentuk di sawah padi di China pada Sabtu lepas. 

Pihak berkuasa China menyiasat kejadian 20 lubang besar yang terbentuk di sebuah kawasan sawah padi di negara berkenaan. 

Setakat ini lebih 20 lubang misteri itu terbentuk di daerah Fukou, dalam wilayah Hunan sejak empat bulan lalu. 

Menurut media tempatan, siasatan awal mendapati fenomena itu berpunca daripada industri perlombongan setempat yang menyebabkan sistem saliran bawah tanah di kawasan berkenaan musnah. 

Keadaan itu membawa kepada tanah jerlus yang membentuk lubang-lubang besar tersebut. [Sumber

Si kudung dapat lesen memandu

No comments:
WATSON lulus dengan sekali ujian saja.
WATSON lulus dengan sekali ujian saja. 

Seorang wira perang yang hilang kedua-dua kaki dan tangan kanannya akibat satu letupan bom di Afghanistan meraikan kejayaan selepas lulus ujian memandu dalam cubaan kali pertama. 

Dave Watson, 26, berdepan dengan kematian apabila terpijak jerangkap samar ketika meronda. 

Bagaimanapun, minggu ini, bekas askar itu menanggalkan plat ‘L’ nya setelah lulus ujian itu dengan melakukan hanya tiga kesalahan kecil. 

Potret Kate Middleton dikritik nampak tua

No comments:
Potret Kate Middleton yang dilukis oleh Paul Emsley.
Potret Kate Middleton yang dilukis oleh Paul Emsley. 

London: Potret rasmi diraja pertama Duchess of Cambridge, Kate Middleton dipamerkan kelmarin di Galeri Potret Nasional di sini. 

Meskipun isteri Putera William itu gembira dengan sentuhan akhir karya itu, tetapi ulasan mengenai lukisan berkenaan bercampur baur. 

Pantun Maksiat

2 comments:

PANTUN MAKSIAT

Yang perempuan pakai mini sekerat, 
Suka pakai baju ketat, 
Suka pulak menunjukkan pusat, 
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat,

Ikan sungai beku 'percuma'

1 comment:
Penduduk tidak melepaskan peluang mengutip ratusan ikan beku dalam sungai ais.
Penduduk tidak melepaskan peluang mengutip ratusan ikan beku
dalam sungai ais. 

Ikan beku yang mengeras bersama air sungai menjadi kegemaran penduduk bandar Xi'an, wilayah Shaanxi, China pada musim sejuk ini. 

Menurut penduduk, Liau Xi, penduduk di sini sering melakukan aktiviti memancing pada musim panas tetapi kali ini mereka berpeluang mendapatkan ikan di sungai tanpa menggunakan joran dan umpan. 

"Walaupun ikan-ikan ini kecil, tetapi ia cukup untuk mengalas perut pada waktu malam," kata Liau. 

Menurut pegawai biro perlindungan alam sekitar, sebahagian besar sungai dalam Xi'an mula membeku sejak dua bulan lalu, selain air mula cetek disebabkan kerja-kerja pembinaan laluan kereta api. 

"Ikan-ikan membeku disebabkan suhu yang terlalu rendah dan air yang cetek," katanya. [Sumber

Telefon pintar Alcatel paling nipis di dunia

No comments:
TELEFON pintar Alcatel One Touch Idol Ultra dipamerkan pada pameran CES di Las Vegas, Amerika Syarikat kelmarin.
TELEFON pintar Alcatel One Touch Idol Ultra dipamerkan pada
pameran CES di Las Vegas, Amerika Syarikat kelmarin. 

PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile. 

Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin. 

Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean. 

Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. [Sumber

Fakta tentang Neraka Jahanam

No comments:

Tahukah kamu bahawa neraka jahanam itu: 

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 

Wordless Wednesday : Puding Hello Kitty

2 comments:

Termometer tertinggi di dunia menanti pembeli

No comments:
SEBUAH trak melintasi termometer tertinggi di dunia di Baker, California kelmarin.
SEBUAH trak melintasi termometer tertinggi di dunia
di Baker, California kelmarin. 
BAKER, Amerika Syarikat - Sebuah termometer paling tinggi di dunia yang terletak di sini kini ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga AS$1.75 juta (RM5.32 juta). 

Pemilik termometer itu, Matt Pike dari daerah Orange membelinya daripada seorang rakan perniagaan restoran Bun Boy pada tahun 2005. 

Termometer itu dibina oleh Willis Herron yang juga pemilik bersama restoran tersebut pada tahun 1991. 

Pike yang merupakan pemilik restoran Bob's Big Boy menyatakan, bil lampu termometer itu ialah AS$8,000 (RM24,336) sebulan. [Sumber

Imej sotong gergasi yang dirakam di Lautan Pasifik didedahkan saintis

No comments:
IMEJ yang disiarkan pihak stesen televisyen NHK dan Discovery Channel semalam menunjukkan sotong gergasi di dalam laut dekat Kepulauan Ogasawara, Jepun.
IMEJ yang disiarkan pihak stesen televisyen NHK dan Discovery Channel
semalam menunjukkan sotong gergasi di dalam laut dekat Kepulauan
Ogasawara, Jepun. 

TOKYO - Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter di dasar Lautan Pasifik. 

Pendedahan itu dibuat semalam selepas pihak Muzium Sains Kebangsaan Jepun berjaya membuat penggambaran haiwan laut dalam itu di habitat semula jadi sotong berkenaan buat kali pertama. 

Gambar Puteri Diana semasa remaja dilelong

No comments:
SEKEPING gambar yang akan dilelong menunjukkan Diana (kiri) berada di sebelah Russell.
SEKEPING gambar yang akan dilelong menunjukkan Diana (kiri)
berada di sebelah Russell. 

AMHERST, New Hampshire - Sekeping gambar Puteri Diana ditanda dengan tulisan yang meminta ia tidak diterbitkan akan dilelong pada bulan ini. 

Gambar tersebut menunjukkan ketika Diana belum berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles. 

Menurut firma lelongan, RR Auction, gambar berkenaan mungkin tidak pernah dipamerkan kepada media sebelum ini. 

Wordless Wednesday : Yuna Misai

No comments:

Simbol # 'perkataan sepanjang tahun'

No comments:

Simbol hashtag (#) dipilih sebagai 'perkataan sepanjang tahun' oleh Persatuan Dialek Amerika (ADS), sekali gus membuktikan bahawa dunia teknologi semakin dekat digunakan oleh pengamal linguistik. 

Walaupun perkataan itu telah wujud sejak beberapa dekad, pakar bahasa memutuskan bahawa simbol berkenaan bakal berpengaruh pada tahun ini. 

Pelik! Perkahwinan bersenjata di Amerika Syarikat

No comments:

Washington: Pasangan di Amerika Syarikat sering memilih untuk meraikan majlis perkahwinan mereka dengan melepaskan tembakan senjata api pilihan masing-masing. 

Dalam senario yang pelik, mereka juga bergambar dengan senjata api pada hari istimewa itu dengan melangsungkan perkahwinan mereka di kedai senjata api, The Gun Store di Las Vegas. 

Kemeja emas pikat wanita?

No comments:
Datta berharap kemeja yang dibuat daripada emas 24 karat itu dapat membantunya memikat wanita.
Datta berharap kemeja yang dibuat daripada emas 24 karat itu
dapat membantunya memikat wanita. 

Seorang lelaki kaya di India sanggup membelanjakan sebanyak £14,000 (RM68,526) bagi menempah sehelai kemeja emas tulen dengan harapan ia akan menarik perhatian golongan wanita. 

Kaunter bergerak Bank Rakyat

No comments:
Orang ramai melihat perkhidmatan bank bergerak yang dirasmikan Ismail Sabri di FELDA Bukit Mendi.
Orang ramai melihat perkhidmatan bank bergerak yang dirasmikan
Ismail Sabri di FELDA Bukit Mendi. 

Bera: Tujuh bank bergerak disediakan Bank Rakyat bagi memenuhi permintaan pelanggannya yang tinggal di kawasan luar bandar, termasuk Sabah dan Sarawak. 

Bank Rakyat membelanjakan RM2.59 juta untuk menyediakan perkhidmatan bank bergerak itu, sekali gus menjadikannya melangkah setapak dalam menawarkan perkhidmatan berinovasi kepada pelanggan. 

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...