Ni apa ceritanya kat sini?

Ikan sungai beku 'percuma'

Penduduk tidak melepaskan peluang mengutip ratusan ikan beku dalam sungai ais.
Penduduk tidak melepaskan peluang mengutip ratusan ikan beku
dalam sungai ais. 

Ikan beku yang mengeras bersama air sungai menjadi kegemaran penduduk bandar Xi'an, wilayah Shaanxi, China pada musim sejuk ini. 

Menurut penduduk, Liau Xi, penduduk di sini sering melakukan aktiviti memancing pada musim panas tetapi kali ini mereka berpeluang mendapatkan ikan di sungai tanpa menggunakan joran dan umpan. 

"Walaupun ikan-ikan ini kecil, tetapi ia cukup untuk mengalas perut pada waktu malam," kata Liau. 

Menurut pegawai biro perlindungan alam sekitar, sebahagian besar sungai dalam Xi'an mula membeku sejak dua bulan lalu, selain air mula cetek disebabkan kerja-kerja pembinaan laluan kereta api. 

"Ikan-ikan membeku disebabkan suhu yang terlalu rendah dan air yang cetek," katanya. [Sumber

1 comment:

  1. Best jugak fenomena ni beri faedah kepada manusia. Senang je nak dapatkanikan. buat ikan goreng cicah air asam ke...heheheh

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...